Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas?

Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas?
link : Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas?

Baca juga


Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas?


Arab Saudi, Mesir dan 2 lagi negara Arab yang memutuskan hubungan dengan Qatar hari ini menuduh ulama terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi sebagai penyokong keganasan, dalam senarai yang menamakan 59 orang sebagai terlibat dengan keganasan.


Selain Qaradawi yang merupakan pakar fiqh dunia Islam yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada 2009, mereka turut menamakan 12 pertubuhan termasuk 2 pertubuhan kebajikan anjuran kerajaan Qatar.

Dakwaan terbaru itu susulan tuduhan Arab Saudi yang Qatar menyokong aktiviti keganasan, dan juga rasa tidak puas hati beberapa pemerintah Arab disebabkan sokongan Qatar terhadap Ikhwanul Muslimin, pergerakan politik yang mengambil alih kuasa di Mesir untuk beberapa bulan selepas kejatuhan diktator Hosni Mubarak.

Keputusan Arab Saudi itu turut diikuti Yaman, Bahrain, UAE, Maldives dan Libya, dan merupakan antara usaha Riyadh untuk memencilkan gergasi ekonomi minyak itu di samping menguatkan pakatan Arab-Washington untuk berdepan Tehran.

Qaradawi merupakan ulama kelahiran Mesir yang menjadikan Doha pengkalannya selepas hidup dalam buangan untuk beberapa dekad.

Fatwa dan karangan beliau kerap dijadikan rujukan seluruh dunia bagi merungkai isu semasa melibatkan syariah dan masalah fiqh.

Senarai 59 individu dan warganegara mereka yang dituduh terlibat dengan keganasan oleh Arab Saudi silalah lihat di SINI


Sobat baru saja selesai membaca :

Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Arab Saudi Tuduh Qaradawi Penyokong Pengganas? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/06/arab-saudi-tuduh-qaradawi-penyokong.html

Subscribe to receive free email updates: