Judul : Peperangan Al-Furqan Titik Mula Pembebasan Al-Quds -Ismail Haniyeh
link : Peperangan Al-Furqan Titik Mula Pembebasan Al-Quds -Ismail Haniyeh
Peperangan Al-Furqan Titik Mula Pembebasan Al-Quds -Ismail Haniyeh
Naib Presiden Biro Politik Gerakan Pembelaan Islam HAMAS merangkap ahli Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Sheikh Ismail Haniyeh berkata, peperangan Al-Furqan mencetuskan satu peristiwa penting ke arah pembebasan al-Quds, al-Aqsa dan Palestin.
Penegasan beliau itu disuarakan dalam ucapannya sempena ulang tahun ke-8 memperingati pencerobohan ke atas Gaza pada 2008.
Tambah beliau, pihak musuh telah gagal mencapai matlamat mereka.
Dalam ucapan sama, Haniyeh memberitahu rakyat Palestin telah berjaya menegakkan matlamat serta membuktikan ketabahan dan kekuatan dimiliki mereka.
“Kami menamakan peperangan ini sebagai peperangan ‘pemisahan’.
“Ini kerana melalui peperangan tersebut telah berlakunya pemisahan di antara dua peringkat.
“Iaitu peringkat perarakan rakyat dan peringkat penentangan secara berani,” jelasnya dipetik laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia-Asia.
Beliau memberitahu pencerobohan rejim zionis sama sekali tidak melunturkan semangat pejuang Gaza.
Bahkan jelasnya, mereka (pengganas) akan menanggung segala kesilapan atas kejahatan diperlakukan terhadap rakyat Gaza.
“Sesiapa yang berhenti dari memberi sokongan kepada rakyat kita, lalu menentang dengan senjata, harta dan kedudukan, serta segala bentuk sokongan sama ada harta mahupun sokongan moral, ia sebenarnya telah menambahkan lagi kekuatan rakyat kita dalam menghadapi musuh.
“Musuh membuat pertaruhan bahawa orang ramai akan tergugat dengan penentangan mereka,” katanya.
Beliau turut menyampaikan rasa cinta dan kesetiaannya kepada rakyat yang sentiasa memberi komitmen berjuang mempertahankan kebenaran dan tidak mensia-siakan amanah serta mengharapkan pertolongan Allah SWT.
Ujar beliau, pengorbanan tersebut bukti rakyat mahu melihat al-Quds kembali bebas merdeka lantaran Al-Quds dan al-Aqsa merupakan pengakhiran tujuan dan harapan semua umat Islam.
Beliau juga mengenangkan kembali detik 21 hari pertama pencerobohan Al-Furqan yang penuh dengan cerita kepahlawanan, kesabaran dan penebusan.
Walau bagaimanapun katanya, musibah besar menyaksikan ratusan syahid itu dihadapi dengan keteguhan akidah yang diterjemahkan oleh rakyat dan penentang.
Haniyeh mengakhiri ucapan sambil berdoa semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya ke atas para syuhada’ Al-Furqan iaitu al-Syahid Menteri Sai’d Siyam, al-Syahid al-A’lim Nizar Rayya, al-Syahid Taufiq Jabbar, al-Syahid Ismail Ja’bari, dan seluruh para syuhada’ rakyat lain dalam peperangan ‘pemisahan’ itu. (ulamasedunia.org)
Sobat baru saja selesai membaca :
Peperangan Al-Furqan Titik Mula Pembebasan Al-Quds -Ismail Haniyeh
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Peperangan Al-Furqan Titik Mula Pembebasan Al-Quds -Ismail Haniyeh dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Peperangan Al-Furqan Titik Mula Pembebasan Al-Quds -Ismail Haniyeh link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/01/peperangan-al-furqan-titik-mula.html