Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang..

Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang..
link : Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang..

Baca juga


Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang..


Amanah berminat dengan kerusi Permatang Pasir Dr Mujahid menunjukkan akuan berkanun berhubung pengisytiharan hartanya semalam.

GEORGETOWN - Parti Amanah berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir dalam pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.

Menurutnya, walaupun hubungan persahabatan antaranya dengan Salleh Man agak rapat, namun mereka tetap terikat dengan polisi parti.

"Amanah sangat berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir kerana Pas bukan lagi salah satu parti dalam Pakatan Harapan. Oleh itu, mengapa kita perlu memberi laluan kepada mereka?
"Memang benar saya berkawan baik dengan Salleh Man tetapi dalam hal parti, polisi perlu diutamakan. Tidak kira lah bagaimana baik pun kita dengan orang itu, polisi parti tetap yang pertama kerana beliau bukan lagi dalam Pakatan, melainkan beliau menyertai Amanah," katanya kepada media hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr Mujahid berkata, Amanah memandang positif sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan akan menyertai Pakatan Harapan pada pilihanraya umum nanti.

Dr Mujahid berkata, Amanah sangat mengharapkan agar Bersatu membuat ketetapan yang jelas tentang perkara itu dalam Mesyuarat Presiden pada 14 Disember nanti.

"Kita menanti keputusan Bersatu sama ada mereka akan bersama-sama Pakatan ataupun sebaliknya. Sebelum ini mereka minta tangguh dalam pertemuan di konvensyen lalu. Oleh itu, kali ini, dalam Mesyuarat Presiden, kita harap mereka ada keputusan itu.
"Selain itu, kami juga menunggu keputusan Pas kerana kita sudah  memberi tempoh (deadline) agar membuat ketetapan tentang bentuk kerjasama mereka dengan kita," katanya.

Menurutnya, sebelum akhir tahun ini, kesemua parti perlu membuat ketetapan sama ada masih mahu bersama pakatan itu atau tidak.

"Mana-mana parti dalam pakatan (ataupun tidak) perlu membuat ketetapan yang jelas berhubung kerjasama dengan kita. Jika kita, kita tidak bertanggungjawab walaupun mereka melabelkan diri mereka sebagai parti pembangkang.
"Jika tiada ketetapan dibuat, maka kita menganggap mereka bersama-sama BN. Sikap berkecuali yang mereka amalkan tidak memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan sebaliknya memberi kelebihan kepada BN. Oleh itu, bagaimana kita berhadapan dengan BN, kita juga akan berhadapan dengan mereka," katanya.

Dr Mujahid sebelum itu, membuat pengisytiharan pendapatannya, perbelanjaan, harta dan hutangnya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar.  Menurutnya, semua ahli parlimen perlu melakukan perkara sama khususnya di kalangan Pakatan Harapan agar membuktikan ketelusan kepada rakyat. (SH)


Sobat baru saja selesai membaca :

Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Amanah Ingin Rampas Kerusi DUN PAS P.Pinang.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/amanah-ingin-rampas-kerusi-dun-pas.html

Subscribe to receive free email updates: