Judul : Menang! Bertudung Hak Kebebasan Beragama. Tapi M'sia Hak Berserban...
link : Menang! Bertudung Hak Kebebasan Beragama. Tapi M'sia Hak Berserban...
Menang! Bertudung Hak Kebebasan Beragama. Tapi M'sia Hak Berserban...
PADA 20 September 2016 seorang wanita muslimah Sepanyol, Takwa Rejeb akhirnya diizinkan untuk bertudung di kawasan pusat pengajian beliau selepas campur tangan oleh pihak berkuasa tempatan Valencia, Sepanyol.
Sebelum itu pihak pengurusan Institut Latihan Binleyor memaksa beliau mengikut peraturan institut yang tidak membenarkan pelajar memakai tutup kepala sama ada topi atau tudung. Ia telah menimbulkan perbahasan yang hangat di kalangan warga Sepanyol.
Pihak berkuasa tempatan menegaskan bahawa "majlis pendidikan memberi jaminan hak pendidikan untuk para pelajar. Beliau akan dapat meneruskan semua sesi pengajian beliau dalam keadaan memakai tudung".
Peguam beliau mengulas bahawa ini merupakan satu kemenangan bagi memperakui kebebasan dan hak berperlembagaan iaitu kebebasan untuk bersuara dan kebebasan untuk beragama dalam ruang lingkup menghormati peraturan umum.
Sepanyol mempunyai 4% rakyat muslim daripada keseluruhan 46.5 juta rakyat. Taqwa berketurunan Arab Tunisia yang dilahirkan di bandar Valensia.
Menurut Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, seorang ahli parlimen di Malaysia, "Insiden ini mengingatkan kita dengan peristiwa tiga orang pelajar yang dipecat daripada sekolah pada tahun 1997 di Serting, Negeri Sembilan kerana memakai serban setelah pihak sekolah mewartakan peraturan tidak boleh memakai serban di sekolah.
"Malang sekali perlembagaan Malaysia gagal memberi hak kepada mereka untuk mempraktikkan agama mereka. Mereka kalah di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan setelah menang di peringkat Mahkamah Tinggi." Jelas Datuk Dr Mohd Khairuddin.
Bunyinya saja sedap, Malaysia Negara Islam kononnn...
(IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Menang! Bertudung Hak Kebebasan Beragama. Tapi M'sia Hak Berserban...
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Menang! Bertudung Hak Kebebasan Beragama. Tapi M'sia Hak Berserban... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Menang! Bertudung Hak Kebebasan Beragama. Tapi M'sia Hak Berserban... link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/09/menang-bertudung-hak-kebebasan-beragama.html