Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN

Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN
link : Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN

Baca juga


Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN


Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi bayangan bahawa ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dijangka dibawa pulang hujung tahun ini. 

Beliau berkata Jho Low yang dikaitkan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilindungi pihak tertentu untuk bersembunyi di sebuah negara menyebabkan dia sukar diekstradisi. 

“Sukar untuk saya beri timeline (tempoh masa untuk bawa pulang Jho Low) sebab dia lari sudah terlalu lama namun saya berusaha untuk cuba percepatkannya, mungkin hujung tahun ini,” katanya ketika menjadi tetamu program Bicara Minda anjuran akhbar Sinar Harian di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima, Jho Low, ahli perniagaan yang dikehendaki oleh negara ini, didapati bebas menjalankan perniagaan tanpa sekatan di negara terbabit bersama kira-kira empat hingga lima orang “konco-konconya”.

Enggan mendedahkan negara berkenaan, namun menyatakan ia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia, Abdul Hamid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meningkatkan usaha rundingan dan memberikan pandangan tegas kepada pihak yang melindungi Jho Low.

Beliau berkata pihak yang melindungi ahli perniagaan itu di negara terbabit juga mendakwa ahli perniagaan itu tidak diserahkan kepada PDRM disebabkan Jho Low adalah mangsa konspirasi politik.

“Isu Jho Low tiada kaitan dengan politik sama ada di sini atau di negara yang berikan dia pelindungan. Ia babitkan soal jenayah komersial. Polis tegas kata ia kes jenayah dan kenapa ‘pihak’ sana tak mahu beri kerjasama? Sekarang saya sedang tingkatkan tekanannya (untuk menyerahkan Jho Low),” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas itu, Abdul Hamid berkata banyak cara yang boleh dilakukan untuk membawa pulang ahli perniagaan terbabit selain diekstradisi.

Antaranya melalui proses mahkamah, kerjasama PDRM dan Jabatan Imigresen dengan agensi sama di negara terlibat serta hubungan kedua-dua negara, katanya lapor MalayMail


Sobat baru saja selesai membaca :

Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/09/jho-low-dilindungi-pihak-tertentu-kpn.html

Subscribe to receive free email updates: