Judul : Gaji Pengerusi MAVCOM RM85,000 Sebulan?
link : Gaji Pengerusi MAVCOM RM85,000 Sebulan?
Gaji Pengerusi MAVCOM RM85,000 Sebulan?
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdullah bin Ahmad ialah Pengerusi Eksekutif MAVCOM yang pertama. Beliau pernah berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari tahun 2003 sehingga 2004.
Sepanjang kerjaya beliau bersama TUDM, beliau telah menyandang pelbagai jawatan di peringkat tertinggi seperti Pengarah Divisyen Latihan TUDM; Komander Pertahanan Udara; Komandan Kolej Pertahanan Malaysia dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk Langkawi Aerospace Training Centre dan juga pengarah di Atlan Holdings Bhd., Naluri Corporation Bhd. serta DFZ Capital Bhd.
Sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Datuk Seri Abdullah Ahmad dibayar gaji sebanyak RM85,000 sebulan.
Pendapatan tahunan Mavcom adalah RM35 juta manakala kos operasi tahunannya pula ialah RM25 juta setahun.
Persoalannya.. wajarkah beliau dibayar RM1,020,000.00 setahun sedangkan keuntungan MAVCOM hanyalah lebih kurang RM10 Juta sahaja?
Laporan berkaitan..
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Datuk Seri Abdullah Ahmad dibayar gaji sebanyak RM85,000 sebulan.
Loke mengesahkan perkara itu selepas isu mengenainya tular di media sosial.
"Gaji dan elaun sebenarnya, selepas bonus adalah RM85,000 sebulan (pada 2018). Ia lebih daripada gaji asas perdana menteri iaitu RM20,000 ke atas sebulan," kata Loke dalam sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.
Bagaimanapun beliau menyatakan Mavcom tidak dibiayai oleh kerajaan, selain pemberian geran sebanyak RM90 juta.
Beliau berkata pendapatan tahunan Mavcom adalah RM35 juta manakala kos operasi tahunannya ialah RM25 juta.
Loke menambah beliau tetap membangkitkan isu itu dalam kabinet dan perdana menteri telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengkaji semula gaji pengerusi dari badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Loke juga berkata pada masa ini, Mavcom tidak akan mengalami nasib yang sama seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).
"Mavcom akan kekal buat masa ini. Kami tidak bercadang untuk menghapuskan Mavcom, "katanya.. laporan penuh sila baca di SINI
Kroni siapa agaknya dia ni?
Sobat baru saja selesai membaca :
Gaji Pengerusi MAVCOM RM85,000 Sebulan?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Gaji Pengerusi MAVCOM RM85,000 Sebulan? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Gaji Pengerusi MAVCOM RM85,000 Sebulan? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/05/gaji-pengerusi-mavcom-rm85000-sebulan.html