Judul : Krisis Kesihatan Landa Papua Jiran Kita..
link : Krisis Kesihatan Landa Papua Jiran Kita..
Krisis Kesihatan Landa Papua Jiran Kita..

AGATS: Kira-kira 800 kanak-kanak jatuh sakit akibat wabak campak dan kekurangan zat di wilayah terpencil Papua, Indonesia, kata pihak berkuasa semalam, dengan 100 maut akibat penyakit itu.
Angka terbaharu itu menandakan krisis kesihatan yang didedahkan tengah bulan lalu bertambah buruk, berikutan kekurangan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan asas lain di rantau bersebelahan Papua New Guinea.
Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo mengarahkan tentera dan pasukan perubatan membawa bekalan ke perkampungan terpencil itu di tengah pemberontakan pemisah tahap rendah, sebahagian besarnya didorong kebencian di rantau miskin itu.
Doktor di hospital penuh sesak dan tidak cukup peralatan di sini bergelut merawat pesakit, ketika kanak-kanak kurus kering, menangis, berkeliaran di kaki lima berbau di mana sesetengah pesakit terbaring di atas pengusung usang, lapor wartawan AFP.

Pihak berkuasa tempatan terkejut dengan peningkatan kes campak, dipersalahkan sebahagiannya terhadap sistem imun lemah akibat kekurangan makanan.
Ramai ibu bapa mengambil perjalanan jauh selama beberapa jam mendapatkan rawatan di sini, satu-satunya hospital di rantau Asmat dilanda wabak, kawasan berpaya berselang seli dengan sungai.
"Kami menerima maklumat mengenai wabak terlalu lewat, justeru ia menjurus angka kematian lebih tinggi," kata Pengarah Hospital, Richard Mirino.
Berpuluh pesakit dirawat di sebuah gereja tempatan berikutan ketiadaan ruang di hospital yang boleh menampung 80 pesakit itu. -AFP
Video: AKU PAPUA ~ FRANKY SAHILATUA
video: SUARA KEMISKINAN FRANKY SAHILATUA
- Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden P...
- Peranan Parti &Diri Dalam Politik Islam -Suntingan...
- PRU 14, Bagaimana Sumbang Bagi Menangkan Islam? K.
- Ahzab, Persiap Kemampuan Sepanjang Zaman
- PAS Mampu Tadbir Negara Lebih Baik Dari BN -SU ...
- Jati Diri Umat Bersama Bahasanya -Abd Hadi
- Pas Akan Jadi Kerajaan, Mengundi Adalah Wajib! Und...
- Tadbir S'gor Ikut Model Islam. Dah Sampainya, Jom ...
- Baru Umum MB S'ngor, Selepas PAS Menang. Tanding 4...
- Mengembalikan Islam Memerintah &Mentadbir -Presid...
Sobat baru saja selesai membaca :
Krisis Kesihatan Landa Papua Jiran Kita..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Krisis Kesihatan Landa Papua Jiran Kita.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Krisis Kesihatan Landa Papua Jiran Kita.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/krisis-kesihatan-landa-papua-jiran-kita.html