Judul : Aceh Wajibkan Semua Pramugari Berhijab. M'sia, Masih Takut?
link : Aceh Wajibkan Semua Pramugari Berhijab. M'sia, Masih Takut?
Aceh Wajibkan Semua Pramugari Berhijab. M'sia, Masih Takut?

BANDA ACEH – Semua pramugari mana-mana syarikat penerbangan yang mendarat di sini, diwajibkan memakai hijab sebaik sahaja mendarat di wilayah ini, atau berdepan dengan hukuman oleh polis agama.
Ketika ini, undang-undang Islam yang dikuatkuasakan di sini, mewajibkan semua wanita beragama Islam memakai tudung, sementara wanita bukan beragama Islam perlu memakai pakaian yang sopan.
Bagaimanapun, Ketua Daerah Aceh Besar, Mawardy Ali, berkata terdapat pramugari yang enggan mematuhi peraturan itu ketika berada di wilayah ini, walaupun bagi waktu yang singkat, sehingga memaksa Aceh menguatkuasakan peraturan baharu itu.
“Saya harap syarikat penerbangan akan menghormati keunikan yang dimiliki oleh Aceh yang melaksanakan undang-undang Syariah.
“Kami akan mengedarkan maklumat mengenai peraturan baharu ini kepada semua syarikat penerbangan.
“Selepas itu, baharulah kita akan menyentuh mengenai bentuk hukuman yang akan dikenakan jika mereka melanggar peraturan itu.
“Jika pramugari yang gagal mematuhi peraturan itu beragama Islam, teguran akan diberikan kepada beliau dan jika kesalahan itu dilakukan berulang kali, saya akan mengarahkan polis Syariah untuk menahannya,” kata Mawardy yang bakal mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat penerbangan minggu ini. – AFP/bh
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Aceh wajibkan semua pramugari berhijab. Malaysia pemimpin-pemimpinnya masih takut?
Lihat sebelum ini...
Sobat baru saja selesai membaca :
Aceh Wajibkan Semua Pramugari Berhijab. M'sia, Masih Takut?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Aceh Wajibkan Semua Pramugari Berhijab. M'sia, Masih Takut? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Aceh Wajibkan Semua Pramugari Berhijab. M'sia, Masih Takut? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/aceh-wajibkan-semua-pramugari-berhijab.html