Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama..

Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama..
link : Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama..

Baca juga


Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama..


Hasil carian imej untuk pasangan dalam satu tuala

2 kejadian dan berita pagi ini, dalam Sinar Harian seolah-olah menggambarkan kerajaan BN/Najib sudah tidak mampu tadbir agama di negara ini dengan baik dan berkesan..

Terkejut temui anak hanya bertuala dengan teman lelaki

BUKIT BELIMBING - Alangkah terkejutnya seorang bapa angkat apabila melihat anak gadisnya berdua-duaan dengan teman lelaki di dalam rumah semasa ketiadaannya.

Lebih menyebabkan hatinya berkecai ialah keadaan anak gadisnya yang masih bersekolah di Tingkatan Empat itu hanya memakai tuala mandi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berkenaan yang baru pulang dari pejabat melihat pintu hadapan rumahnya berkunci.

Mohd Yussof berkata, dia kemudiannya masuk melalui pintu belakang dan melihat kedua-duanya sedang berada dalam bilik anak perempuannya.

"Teman lelaki anak angkat perempuannya itu kemudian juga pelajar Tingkatan 4 direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya. (SH)

Pelajar hamil seks dengan 5 lelaki

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatn lima yang sedang hamil tiga bulan dan kerap ponteng sekolah membongkar kegiatannya melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7 September lalu.

Ketua Polis  Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan, tiga di Bachok, manakala satu di Kota Bharu, dua daripadanya berlaku tanpa kerelaan mangsa (pengadu).

“Pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu, teman lelaki pengadu juga rakan sekelasnya mengambil dia di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan membawanya ke rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.

“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya.

Beliau berkata, pengadu melakukan seks tanpa kerelaannya sebelum datang seorang lagi rakan lelaki lain yang turut sama memaksa pengadu melakukan seks.

“Selesai kejadian, pengadu ditinggalkan oleh rakan teman lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, ketika pengadu berada di rumah, pengadu telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya keluar dan mereka berjumpa serta menunggang motosikal ke Bachok sebelum menginap di sebuah hotel di daerah itu.

“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu. Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8 September lalu,” katanya.

Nik Aminuddin berkata, sebaik tiba di rumah, abang pengadu kemudian membawa pengadu ke balai polis untuk memaklumkan kepulangan adiknya berkait laporan polis Binjai.

“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan dan menjejaki dua suspek yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks. Kes diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya brsetuju dengan pendapat ini, "Rakyat perlu menolak (dalam PRU 14) parti fanatik kaum dan kumpulan yang berkonsepkan sekularisme seperti DAP dan gabungan parti yang menjadi anggota pakatan harapan," seperti yang ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menurut media hari ini (11/9).

Ini kerana, katanya, 'mereka memisahkan urusan kehidupan daripada agama' dan boleh menukar agama dengan apa sahaja serta menjadikannya alat kepada siapa sahaja demi kepentingan politik sementara. 

Cuma pada saya, kesalahan paling besar kerajaan Malaysia dulu, sekarang dan mungkin selamanya, ialah salah dalam menafsirkan perlembagaan negara dalam bentuk sekular. Mereka memisahkan urusan kehidupan daripada agama, sehingga tindak-tanduk di dunia ini dianggap tidak ada kaitan dengan akhirat. 

Buat dosa tidak ada kena mengena dengan negara. Zina, suka sama suka, tidak ada siapa boleh larang, walaupun teriklan di dahinya sebagai pelacur. Apa lagi bila sistem perundangan Islam ditolak, tidak mahu mereka usaha untuk laksanakan, walaupun rakyat Kelantan mengundi mahukan 'perundangan Islam'.

Maka kerana itulah saya katakan, ini lagi bukti BN/UMNO/Najib kini sudah tidak mampu atau layak mengurus tadbir agama di negara ini. Kena tukar saja dalam PRU 14 akan datang. (IH)


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.


Sobat baru saja selesai membaca :

Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Pelajar Hamil, 2 Dlm 1 Tuala, Bukti BN/Najib Tak Mampu Urustadbir Agama.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/09/pelajar-hamil-2-dlm-1-tuala-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :