Judul : 90,000 Minoriti Islam Rohingya Hijrah Ke Bangladesh.
link : 90,000 Minoriti Islam Rohingya Hijrah Ke Bangladesh.
90,000 Minoriti Islam Rohingya Hijrah Ke Bangladesh.
PELARIAN Rohingya menaiki sebuah trak di lebuh raya Teknaf-Cox’s Bazar dekat kem pelarian Kutupalong di bandar Ukhiya, Bangladesh kelmarin. - AFP
|
COX'S BAZAR, Bangladesh – Hampir 90,000 penduduk minoriti Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan di Myanmar tercetus pada Ogos lalu.
Keganasan di Rakhine memaksa 87,000 pelarian Rohingya meninggalkan Myanmar. Angka itu jauh lebih tinggi berbanding bilangan etnik berkenaan yang memasuki Bangladesh selepas serangan pemberontak pada Oktober lalu.
Serangan oleh Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) itu mendorong tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan yang dicemari tuduhan pencabulan hak asasi manusia.
Anggaran terbaharu pelarian Rohingya itu dibuat berdasarkan pengiraan oleh petugas bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di daerah Cox’s Bazar dekat sempadan kedua-dua negara.
PBB berkata, angka keseluruhan etnik Rohingya yang berlindung di Bangladesh sejak Oktober 2016 ialah hampir 150,000 orang.
“Kami sedang cuba untuk membina rumah-rumah di sini (Cox’s Bazar) tetapi ruang tidak mencukupi.
“Tiada pertubuhan bukan kerajaan yang datang untuk membantu. Kami tiada makanan. Kaum wanita terpaksa bersalin di tepi jalan,” kata Mohammed Hussein, 25, yang masih mencari tempat tinggal selepas melarikan diri dari negeri Rakhine, barat laut Myanmar empat hari lalu.
Keganasan di Rakhine tercetus selepas pejuang-pejuang ARSA menyerang lebih 30 pos polis dan sebuah pangkalan tentera pada 25 Ogos lalu.
Serangan balas dan operasi pembersihan oleh tentera Myanmar mengakibatkan sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh. – Reuters
Klik di sini..
Sobat baru saja selesai membaca :
90,000 Minoriti Islam Rohingya Hijrah Ke Bangladesh.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 90,000 Minoriti Islam Rohingya Hijrah Ke Bangladesh. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 90,000 Minoriti Islam Rohingya Hijrah Ke Bangladesh. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/09/90000-minoriti-islam-rohingya-hijrah-ke.html