Judul : Kusangkan Dikau Kebal.. Rupa-rupanya Bebal...
link : Kusangkan Dikau Kebal.. Rupa-rupanya Bebal...
Kusangkan Dikau Kebal.. Rupa-rupanya Bebal...
Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.
Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.
Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.
Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar.
Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan. Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.
Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.
"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).
"Saya akan cincang mereka," katanya.
Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: "Polis tumbuk saya!" berkali-kali.
Sobat baru saja selesai membaca :
Kusangkan Dikau Kebal.. Rupa-rupanya Bebal...
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kusangkan Dikau Kebal.. Rupa-rupanya Bebal... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kusangkan Dikau Kebal.. Rupa-rupanya Bebal... link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/11/kusangkan-dikau-kebal-rupa-rupanya-bebal.html