Judul : Ini, Amaran Kepada Yang Berperangai Yahudi/Kristian. -Abd Hadi.
link : Ini, Amaran Kepada Yang Berperangai Yahudi/Kristian. -Abd Hadi.
Ini, Amaran Kepada Yang Berperangai Yahudi/Kristian. -Abd Hadi.
Amaran Kepada Orang Yang Berperangai Yahudi Dan Kristian
Khutbah Jumaat 9 sept 2016
Oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa kepada Allah.
Sidang Jumaat yang dirohmati Allah,
Firman Allah SWT, maksudnya:
- 95. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Benarlah (Apa Yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim Yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.
- 96. Sesungguhnya Rumah Ibadat Yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah Yang di Makkah Yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
- 97. di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
- 98. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli Kitab! mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa Yang kamu lakukan?"
- 99. katakanlah: "Wahai ahli Kitab! mengapa kamu menghalangi orang-orang Yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan. (Surah Ali -Imran)
Sebahagian umat Islam yang mewakili umat Islam diseluruh dunia berhimpun di Mekah al-Mukarramah menunaikan ibadat haji berhampiran dengan bangunan Kaabah yang didirikan oleh umat Ibrahim AS sejak ribuan tahun yang lali.
Ia menyaksikan kiblat rumah ibadat yang dihadap oleh umat Islam selama ini yang mereka tidak melihat dengan mata mereka sendiri,bukan untuk menyembah batu-batu Kaabah itu , tetapi menyembah Allah SWT.
Bangunan Kaabah hanya menjadi syiar dan lambing untuk satukan hala tuju menghadap umat Islam ketika bersembahyang. Khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA ketika bertawaf, sampai di hajarul aswad, batu yang paling mulia yang di…. Ketika tawaf mengatakan:
- (Maksudnya) : Sesungguhnya aku tahu kamu adalah batu yang tidak memberi apa-apa manfaat dan mudharat. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah SAW mengucupmu, nescaya aku tidak akan mengucupmu.
Allah menegaskan Ibrahim bukan menganut musyrikin (menyembah berhala) seperti yang didakwa oleh agama-agama menyembah berhala yang menyanjung Ibrahim yang disebut Berhama, Tuhan yang dilantik selain daripada Allah SWT. Ibrahim juga bukan seperti golongan ahli kitab (Yahudi dan Kristian) ynag percaya Ibrahim adalah Rasul, tetapi menolak hukum-hukum Allah SWT, menghalang syariat Allah SWT.
Di zaman Nabi SAW apabila Nabi SAW menegakkan syariat Allah SWT di Madinah, dijemput orang-orang Yahudi ahli kitab yang mengetahui kitab Allah (Taurat) dan dijemput orang Kristian yang menegtahui kitab Injil serta mengetahui kedatangan Nabi SAW.
Menjadikan satu hikmah yang besar Allah SWT meletakkan hukum qisas dan hudud yang ada di dalam al-Quran Karim disebut di dalam kitab Taurat, dibaca oleh orang-orang Kristian yang membaca kitab perjajian lama yang dinamakan oleh mereka di dalam ada di dalamnya hukum qisas dan hudud sebagaimana yang ada di dalam al-Quran Karim yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Tiba-tiba mereka meninggalkan hulum ini dan menentang Nabi SAW apabila Nabi melaksanakannya. Adalah menjadi hikmah yang besar Allah SWT menafikan mereka adalah pengikut Ibrahim AS. Ibrahim yang menolak syirik, bukan sahaja syirik menyembah berhala, tetapi termasuk mengadakan hukum-hukum yang lain daripada hukum Allah SWT dan menghalang orang yang mahu menegakkan hukum Allah SWT.
Tidakkah Allah SWT menegaskan kepada A’di Ibn Hatim, seorang daripada yang datang menghadap Nabi SAW sebelum masuk Islam dengan memakai salib di lehernya, Nabi SAW menyebut Firman Allah SWT:
Maksudnya :
- 31. mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (surah attaubah 31)
Jawab Rasulullah SAW: Tetapi kamu mengikut paderi-paderi kamu yang mengadakan hukum sendiri yang diizinkan oleh Allah SWT menegakkan hukum Allah SWT. Itulah makna kamu melantik Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah SWT.
Para ulama’ mengatakan:(Maksudnya)
- Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus.
Maksudnya:
- 100. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (surah ali imran 100)
Sobat baru saja selesai membaca :
Ini, Amaran Kepada Yang Berperangai Yahudi/Kristian. -Abd Hadi.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ini, Amaran Kepada Yang Berperangai Yahudi/Kristian. -Abd Hadi. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Ini, Amaran Kepada Yang Berperangai Yahudi/Kristian. -Abd Hadi. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/09/ini-amaran-kepada-yang-berperangai.html