Judul : Arak Hilang Dara Dijual Secara Haram Kepada Orang M'sia.
link : Arak Hilang Dara Dijual Secara Haram Kepada Orang M'sia.
Arak Hilang Dara Dijual Secara Haram Kepada Orang M'sia.
MINUMAN alkohol, Four Loko yang diharamkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat telah dijual secara dalam kepada orang Malaysia khususnya penuntut institusi pengajian tinggi.
Minuman itu mencetus kontroversi kerana dikatakan mudah memabukkan sehingga mendapat jolokan 'arak hilang dara'.
Walaupun ia tidak dijual secara terbuka di Malaysia, tetapi terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengimport dari China dan menjualnya melalui media sosial.

Pedagang haram tersebut menyasarkan laman-laman Facebook yang menjadi tumpuan mahasiswa.
Harga yang ditawarkan adalah agak mahal iaitu RM50 setin berbanding AS$3 atau AS$4 (RM12-RM16) di Amerika Syarikat.
Persatuan-persatuan restoran yang dihubungi Sinchew Daily memberitahu, arak kontroversi itu tidak kelihatan dijual secara terbuka pada masa ini.
Import apa jua minuman perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, dan peniaga biasanya tidak akan mengimport minuman yang mana keselamatannya dipertikaikan.
Pusat-pusat hiburan malam juga dilaporkan tidak akan menjual minuman itu secara sembarangan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
Beberapa negeri di Amerika Syarikat mengharamkan minuman Four Loka selepas terdapat pelajar yang jatuh sakit malahan terlibat dalam kemalangan kerana meminum arak itu.
Kandungan kafein dalam minuman itu juga merupakan perkara yang mencari perhatian pihak berkuasa kesihatan. (IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Arak Hilang Dara Dijual Secara Haram Kepada Orang M'sia.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Arak Hilang Dara Dijual Secara Haram Kepada Orang M'sia. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Arak Hilang Dara Dijual Secara Haram Kepada Orang M'sia. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/09/arak-hilang-dara-dijual-secara-haram.html