Judul : Setelah Dipecat SU Kerja, Tun Pula Pecat SU Kerja Yang Memecatnya..
link : Setelah Dipecat SU Kerja, Tun Pula Pecat SU Kerja Yang Memecatnya..
Setelah Dipecat SU Kerja, Tun Pula Pecat SU Kerja Yang Memecatnya..
<!--more-->Pengguguran lima wakil rakyat Bersatu itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi menerusi surat kepada mereka.
Dan hari ini pula dengan mendakwa dirinya masih kekal sebagai Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir telah memecat Setiausaha Kerja yang memecatnya semalam dan melantik Setiausaha Kerja yang baru pula..
Berikut adalah laporan dari Astro Awani..
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan Datuk Shazmi Miah sebagai Setiausaha Kerja parti itu yang baharu.Dr Mahathir juga mengumumkan Kapten Muhammad Suhaimi Yahya dilucutkan dari jawatan Setiausaha Kerja Bersatu yang disandangnya sebelum ini.Dalam sidang media di Ibu Pejabat Bersatu hari ini, Dr Mahathir berkata keputusan menggugurkan Muhammad Suhaimi dibuat kerana beliau telah menjangkaui kuasa yang ada padanya."Memandang bahawa Setiausaha Kerja ini sudah exceed dia punya powers, saya buat keputusan untuk lucut jawatan Setiausaha Kerja ini, so sekarang ini Kapten Suhaimi bukan lagi setiausaha kerja, dia tidak hak untuk tulis surat apa semua sebagai Setiausaha Kerja atau guna kertas parti Bersatu."Dan saya melantik orang lain untuk jawatan Setiausaha Kerja iaitu Datuk Shazmi Miah daripada Kelantan," katanya.
Dan Tun Mahathir juga dilaporkan oleh MalaysiaKini akan memecat Muhyiddin..
Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa parti itu akan memecat presidennya Muhyiddin Yassin melalui "proses yang betul".Bercakap pada sidang media di ibu pejabat Bersatu petang ini, Mahathir berkata keputusan memecat Muhyiddin hanya akan dibuat oleh Majlis Tertinggi melalui sidang mesyuarat."Ya, kami harus memecatnya. Tetapi kami harus mengadakan sidang Majlis Tertinggi," katanya.Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan sama ada beliau menganggap Muhyiddin telah mengkhianati parti atau tidak dengan mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan (PH) tanpa persetujuan Majlis Tertinggi.
Pening aih aku dengan Bersatu ni..
Sobat baru saja selesai membaca :
Setelah Dipecat SU Kerja, Tun Pula Pecat SU Kerja Yang Memecatnya..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Setelah Dipecat SU Kerja, Tun Pula Pecat SU Kerja Yang Memecatnya.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Setelah Dipecat SU Kerja, Tun Pula Pecat SU Kerja Yang Memecatnya.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2020/05/setelah-dipecat-su-kerja-tun-pula-pecat.html