Judul : UMNO Terkilan Dengan Kabinet Muhyiddin?
link : UMNO Terkilan Dengan Kabinet Muhyiddin?
UMNO Terkilan Dengan Kabinet Muhyiddin?
Tan Sri Shahrir Abdul Samad menimbulkan beberapa isu tentang kerajaan yang baru dibentuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, pada asalnya gabungan politik itu kerjasama antara BN dan PAS dengan Parti Peribumi Bersatu (PPBM) serta kumpulan diterajui Datuk Seri Azmin Ali dibuat secara “en bloc” kini menimbulkan tanda tanya padanya.
“Keputusan dan tindakan secara ‘en bloc’ oleh BN bersama PAS berjaya dilaksanakan sehingga perkenan Agong untuk Muhyiddin menjadi PM.
“Tetapi apabila tiba kepada peringkat perlantikan anggota jemaah menteri, seolah-olah sudah kehilangan pula semangat ‘en bloc’ itu,” coretnya.
Shahrir dipercayai mengambil kira kedudukan Umno dan BN paling ramai dalam gabungan itu, 39 daripada 42 kerusi.
Selain itu, Shahrir mempersoalkan mengapa Umno Sabah ditinggalkan begitu sahaja tanpa penglibatan pemimpin mereka di peringkat persekutuan.
“Kalau Bung (Mokhtar Radin) tidak boleh dilantik oleh kerana sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, Datuk Mohamed yang baru menang di PRK Kimanis layak untuk jadi seorang timbalan menteri.”
Faktor seterusnya pula dirasakan Shahrir sesuatu yang ‘mencolok mata’ apabila sekumpulan enam wakil BN sebelum ini mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan DrvMahathir dilantik menganggotai Kabinet Muhyiddin.
“Tapi juga portfolio yang dipegang mereka macam tidak dirundingkan dan seolah terserah sahaja kepada budi bicara PM yang naik di atas sokongan BN dan PAS.
“Kerajaan baru ini kerajaan Muhyiddin,” tulis Shahrir, menganggap kerajaan ini masih baru dan beliau mengambil langkah tunggu dan lihat.
Catatan yang dikongsikan Shahrir di laman Facebook itu sempena kunjungan beliau ke pejabat Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki petang semalam.
“Saya merasakan Asyraf merasa lebih lega dengan keadaan itu. Kerajaan baru ini tidak diterajui oleh Umno, BN dan Muafakat Nasional (Umno dan PAS) tetapi oleh PPBM bersama kumpulan Azmin Ali dari PKR.
“Jadi kelegaan Asyraf itu saya fahami,” katanya lapor MMO
Sobat baru saja selesai membaca :
UMNO Terkilan Dengan Kabinet Muhyiddin?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang UMNO Terkilan Dengan Kabinet Muhyiddin? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: UMNO Terkilan Dengan Kabinet Muhyiddin? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2020/03/umno-terkilan-dengan-kabinet-muhyiddin.html