Muhyiddin Kata Dia Terpaksa Jadi PM?

Muhyiddin Kata Dia Terpaksa Jadi PM? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Muhyiddin Kata Dia Terpaksa Jadi PM?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Muhyiddin Kata Dia Terpaksa Jadi PM?
link : Muhyiddin Kata Dia Terpaksa Jadi PM?

Baca juga


Muhyiddin Kata Dia Terpaksa Jadi PM?


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau dilantik sebagai Perdana Menteri setelah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Saya sedar bahawa pelantikan saya bukanlah melalui pilihan raya. Sebaliknya saya dilantik setelah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam ucapannya yang disiarkan ke seluruh negara oleh stesen-stesen televisyen tempatan.

Beliau berkata pelantikannya adalah satu amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi berparlimen di Malaysia.

Dalam ucapan sulungnya setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapankelmarin, Muhyiddin berkata dengan sokongan itu, beliau telah menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri.

“Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat. Dengarlah baik-baik. Saya bukanlah pengkhianat.

“Naluri saya jelas bahawa keberadaan saya di sini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut,” katanya.

Muhyiddin turut menjelaskan kemelut politik negara kebelakangan ini, serta mengimbau kembali apa yang berlaku sehingga membawa kepada pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata kemelut itu berlaku apabila mantan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) meletakkan jawatan menyebabkan jawatan itu kosong dan perlu diisi

“Saya tidak berniat untuk menimbulkan konfrontasi dengan sesiapa. Saya cuma ingin memberikan sedikit penjelasan mengenai perkara yang sebenarnya berlaku supaya keikhlasan saya tidak dipersoalkan.

“Saya tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri. Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata di peringkat awal, beliau dan semua ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu telah memberikan sokongan padu kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tetapi malangnya beliau (Dr Mahathir) gagal mendapatkan sokongan majoriti daripada ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain.

“Perkara ini telah dijelaskan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara pada 28 Februari 2020,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya Seri Paduka telah mengambil keputusan yang bijaksana dengan menjemput ketua-ketua parti mengemukakan seorang calon lain yang berkemungkinan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata ketika itulah namanya sebagai calon Perdana Menteri telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat daripada parti Bersatu dan ketua parti yang lain, yang menurut mereka beliau (Muhyiddin) mempunyai sokongan majoriti.

“Saya mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

“Apa pilihan yang saya ada? Terus menyokong Dr Mahathir yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai Perdana Menteri?” katanya.

Muhyiddin berkata jika beliau terus menyokong Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan dan berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan serta pilihan raya umum perlu diadakan.

Sebagai pemimpin, katanya, beliau mesti mencari jalan penyelesaian dan tidak boleh membiarkan kemelut berpanjangan.

“Kerana itu saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir dan meminta beliau menyokong saya. Dalam pertemuan yang disaksikan oleh dua orang tokoh parti, beliau telah menyatakan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada saya sekiranya saya mendapat sokongan majoriti.

“Perkara ini dinyatakan oleh beliau (Dr Mahathir) sendiri dalam satu sidang akhbar pada 27 Februari 2020,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata dengan sokongan itu, beliau menerima pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri baharu yang mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Selaras dengan peruntukan ini, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik saya sebagai Perdana Menteri. Ini adalah kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Ketua Negara yang menjalankan fungsi baginda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Di akhir ucapannya yang bertajuk ‘Rayuan Kepada Rakyat Malaysia’ selama kira-kira 10 minit itu, Muhyiddin turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr Mahathir yang telah banyak berjasa kepada negara.

Muhyiddin mengakhiri ucapannya dengan kata-kata berikut:

“Bersatu teguh, bercerai roboh.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

“Ayuh, bersatulah kita demi tanah air tercinta” lapor MMO


Sobat baru saja selesai membaca :

Muhyiddin Kata Dia Terpaksa Jadi PM?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Muhyiddin Kata Dia Terpaksa Jadi PM? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Muhyiddin Kata Dia Terpaksa Jadi PM? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2020/03/muhyiddin-kata-dia-terpaksa-jadi-pm.html

Subscribe to receive free email updates: