Judul : Benarkan Harga Minyak Turun Kerana Kerajaan PN?
link : Benarkan Harga Minyak Turun Kerana Kerajaan PN?
Benarkan Harga Minyak Turun Kerana Kerajaan PN?
Pada hari Jumaat, 6hb Mac yang lalu Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan mengumumkan penurunan secara drastik harga runcit petrol RON95, RON97 dan juga Diesel.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada hari tersebut mengumumkan harga runcit petrol RON95 turun 19 sen seliter dari RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter, harga RON97 turun 21 sen, menjadikan harga bahan api itu RM2.19 seliter dan harga runcit diesel pula turun sebanyak 17 sen seliter kepada RM1.96 seliter.
Kementerian kewangan berkata penetapan itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Riuh rendahlah penyokong-penyokong Pakatan Nasional yang kurang cerdik mengangkat kerajaan yang disokong mereka itu..
Ada yang meninggalkan komen dalam Malaysiakini mengatakan.. "Tahniah PM ke-8. hadiah istimewa kpd rakyat..
Ada yang komen.. "Malaysia yang benar-benar Baharu sudah bermula...PN akan buktikan mereka lebih baik dari kerajaan sebelumnya.
Ada jugak yang komen.. "Wooo yooo syukur....!, hebat PM8 !, hebat PN....! kita adalah apa yang kita lakukan bukan sekadar cakap...!
"Kerajaan PH MALU TAK, ATOK dan Lim Guan Eng pemgkhianat rakyat apa nak cakap??.. Harap tol utara selatan akan turun kadar lagi ... AKAN BAGI TAMPARAN MUKA KEPADA MEREKA.. " ada jugak yang tinggalkan komen macam tu..
Betulke PM Baru dan Kerajaan baru yang telah menurunkan harga minyak begitu rendah?
Sebenarnya selain dari kebimbangan mengenai wabak Covid-19 dan kesannya ke atas ekonomi, permintaan minyak di China yang merupakan pengguna terbesar di dunia, juga merudum berikutan penularan wabak berkenaan.
Jadi dalam usaha untuk menaikkan harga minyak, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Opec) dilapor merancang untuk mengurangkan bekalan minyak mentah.
Malangnya rundingan telah gagal.. bacalah di SINI
Sebagai tindak balas Arab Saudi susulan perpecahan pakatan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) + dengan Russia.
Pengeksport minyak terbesar di dunia itu memulakan perang harga pada Sabtu lalu dengan mengurangkan harga minyak mentahnya untuk pasaran asing dengan kadar yang banyak dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun ini.
Arab Saudi merancang untuk meningkatkan pengeluaran minyaknya pada bulan hadapan, dengan menyasarkan peningkatan melebihi 10 juta tong sehari. Dan.. RON95 dijangka boleh turun kepada RM1.32 seliter.
KUALA LUMPUR: Kejatuhan mendadak harga minyak dunia susulan perang harga di antara pengeluar utama minyak dunia iaitu Arab Saudi dan Russia berkemungkinan menyaksikan harga runcit minyak terutama RON95 berpotensi turun sehingga RM1.32 seliter, demikian mengikut MIDF Research.
Bagaimanapun, bahagian penyelidikan ekuiti itu berkata, kejatuhan harga komoditi itu akan memberi lebih banyak kesan negatif kepada Malaysia berbanding positif memandangkan negara adalah pengeksport minyak.
Dalam notanya hari ini, MIDF Research berkata, dari sudut positif harga runcit minyak terutama RON95 mungkin akan menurun sehingga RM1.32 seliter jika purata harga penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$35 setong.
Situasi itu akan akan menyebabkan kadar inflasi kekal rendah dan menyokong penggunaan domestik.
"Dari sudut negatif pula, penyusutan harga minyak dunia ini akan memberi tekanan kepada kapasiti fiskal Malaysia memandangkan Belanjawan 2020 sebelum ini dirangka berdasarkan andaian harga minyak ialah AS$62 setong.
Laporan penuh sila baca di SINI
Itulah puncanya harga minyak turun.. bukan di Malaysia saja tau harga minyak tu turun.. tapi di seluruh dunia..
Hmm.. jadilah penyokong yang bijak supaya tidak mudah diperbodohkan pemimpin yang gila kuasa..
Sobat baru saja selesai membaca :
Benarkan Harga Minyak Turun Kerana Kerajaan PN?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Benarkan Harga Minyak Turun Kerana Kerajaan PN? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Benarkan Harga Minyak Turun Kerana Kerajaan PN? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2020/03/benarkan-harga-minyak-turun-kerana.html