Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan?

Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan?
link : Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan?

Baca juga


Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan?


Sebelum itu.. untuk makluman semua.. Individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah berkaitan dengan wabak koronavirus (Covid-19) boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Peguam, Syazlin Mansor berkata, hukuman itu adalah untuk kesalahan kali pertama dan bagi kesalahan kedua, hukuman lebih berat dikenakan kerana boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, bagi kesalahan yang dilakukan berterusan, individu yang disabitkan bersalah boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

“Mengikut undang-undang, perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 boleh diambil di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah,” katanya lapor Sinar Harian

Berikut adalah jawapan kepada 21 soalan lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan..

1. Nama Perintah 


Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order).


2. Tempoh Masa

Perintah ini berkuatkuasa dari 18 – 31 Mac 2020. 


3. Liputan

Kawasan Perintah 
Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia.


4. Kuatkuasa

Undang-undang Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. 


5. Arahan-Arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan 


Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu

i. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk 
aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya; 

ii. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara; 

iii. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara; 

iv. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti; 

v. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan 

vi. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services). 


6. Adakah Majlis Keraian/ Perkahwinan/ Kenduri atau sebagainya boleh diadakan? 


Upacara pernikahan boleh dilaksanakan dengan tidak melibatkan kehadiran ramai. Bagi Majlis Persandingan dan Resepsi serta majlis lain, disarankan untuk ditangguhkan sehingga isu penularan COVID-19 di Malaysia tamat. 


7. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai tempoh waktu tertentu sepanjang 18 - 31/3/2020?


Tidak. Perintah ini berkuatkuasa setiap masa tanpa tempoh waktu tertentu. 


8. Sekiranya barang keperluan habis, adakah boleh keluar membeli dan terus balik? 


Ya. 


9. Saya merupakan seorang warganegara Malaysia dan suami saya merupakan warganegara UK. Adakah kami dibenarkan pulang ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini?


Boleh dengan syarat pasangan boleh membuktikan kesahan perkahwinan tersebut sama ada didaftarkan dengan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan negara asal. Pasangan perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain. 


10. Anak saya yang merupakan seorang pelajar di institusi luar negara. Adakah beliau dibenarkan pulang ke Malaysia?


Dibenarkan. Mana-mana rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara boleh pulang dalam tempoh sekatan ini. Walau bagaimanapun, individu tersebut perlu melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela (self quarantine) bagi mengurangkan kebarangkalian dijangkiti atau menyebarkan jangkitan kepada orang lain.

11. Saya merupakan pemegang pas jangka masa panjang di Malaysia dan telah pulang ke negara asal saya sebelum Perintah ini dikeluarkan. Adakah saya dibenarkan untuk kembali ke Malaysia bagi tujuan kerja semasa tempoh sekatan ini?

Hanya migran asing yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan penting negara (essential services) sahaja yang dibenarkan masuk semula ke Malaysia dalam tempoh sekatan ini. Migran asing tersebut perlu mendapatkan satu surat pengesahan daripada majikan masing - masing dan perlu dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia semasa berada di pintu masuk.

12. Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik ke pejabat di Singapura?

Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing - masing berkenaan perkara ini.

13. Saya telah membuat perancangan untuk bercuti di Malaysia dan telah membuat pembayaran sepatutnya. Adakah saya masih boleh meneruskan percutian saya?


Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dilarang untuk pergi ke mana-mana tempat termasuklah pusat peranginan untuk aktiviti sosial dan sekiranya kunjungan tersebut tidak melibatkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan penting negara. Anda dinasihatkan tidak meneruskan percutian anda.

14. Bolehkah saya memandu ke lapangan terbang untuk mengambil rakan yang baru pulang dari luar negara atau saudara yang bekerja dalam sektor berkaitan perkhidmatan penting negara?


Pergi ke satu tempat dengan cepat dan ringkas adalah dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

15. Adakah sekolah perlu melaksanakan kelas ganti?

Tidak perlu.

16. Adakah kelas pengajian dan semua aktiviti yang melibatkan pelajar IPT awam dan swasta serta Institut Latihan Kemahiran tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan?


Ya.

17. Bagaimana dengan pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam dan swasta khususnya pelajar luar negara?


Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini. Pelajar yang pulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Pelajar asing yang mengambil keputusan untuk terus berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yang berkuatkuasa.

18. Adakah kedai makanan seperti makanan segera, restoran atau pusat makanan penjaja boleh dibuka?


Kedai makanan boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda.

19. Adakah pengangkutan awam seperti Bas, LRT, MRT, KTM boleh beroperasi?

Semua perkhidmatan pengangkutan awam diteruskan dalam tempoh perintah kawalan ini berkuatkuasa.

20.Saya telah membayar penginapan saya di hotel untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan. Adakah saya boleh meminta wang saya dikembalikan?


Orang ramai digalakkan untuk berbincang terus dengan pihak hotel dalam urusan pengembalian wang yang telah dibayar bagi tempahan yang telah dibuat sebelum Perintah ini diumumkan.

21.Sekiranya berlaku kematian di rumah (bukan pesakit COVID-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?


Boleh diuruskan dengan waris terdekat sahaja bersama khariah masjid/surau sahaja. Solat jenazah sahaja tanpa tahlil.

Sumber dari MKN


Sobat baru saja selesai membaca :

Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2020/03/apa-itu-perintah-kawalan-pergerakan.html

Subscribe to receive free email updates: