A. Kadir Jasin Dedah Kenapa Tun Letak Jawatan PM Dan Pengerusi BERSATU

A. Kadir Jasin Dedah Kenapa Tun Letak Jawatan PM Dan Pengerusi BERSATU - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: A. Kadir Jasin Dedah Kenapa Tun Letak Jawatan PM Dan Pengerusi BERSATU, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : A. Kadir Jasin Dedah Kenapa Tun Letak Jawatan PM Dan Pengerusi BERSATU
link : A. Kadir Jasin Dedah Kenapa Tun Letak Jawatan PM Dan Pengerusi BERSATU

Baca juga


A. Kadir Jasin Dedah Kenapa Tun Letak Jawatan PM Dan Pengerusi BERSATU


Ahli majlis tertinggi Bersatu, A. Kadir Jasin dalam hantaran di blog mendedahkan peristiwa yang telah terjadi dalam mesyuarat majlis tertinggi Parti itu Ahad lalu.

Beliau mendedahkan bahawa semasa mesyuarat majlis tertinggi BERSATU Ahad lalu, Tun Mahathir telah merayu Ahli Majlis Tertinggi Parti itu untuk tidak memaksanya membuang prinsipnya dan mengingkari janjinya bagi menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim selepas sidang kemuncak Persidangan Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada bulan November.

“Dengan melihat perkara-perkara ini, dia tidak melayan rayuan mereka sebagai perkara yang mendesak, sepatutnya, ada banyak lagi perkara penting yang memerlukan perhatiannya,” katanya.

Beliau berkata Mahathir juga meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu kerana majlis tertinggi “mendengar lebih banyak daripada setiausaha politiknya daripada beliau”.

Mahathir sebelum ini berulang kali menegaskan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar selepas Sidang Apec.

Bagaimanapun, dalam perkembangan yang berlaku sejak Ahad lalu, yang dilihat sebagai usaha penjajaran kuasa politik, ia menyaksikan Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu.

Peletakan jawatan Mahathir itu hadir tidak lama selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Bersatu keluar PH, selain 11 ahli parlimen yang diketuai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengambil langkah sama.

Sementara itu, dalam tulisannya, Kadir berkata kunjungan "yang tidak dirancang" oleh pemimpin Bersatu pagi ini di kediaman Mahathir adalah bagi merayu beliau menarik balik peletakan jawatan sebagai pengerusi Bersatu.

"Tapi daripada apa yang dapat dilihat, beliau (Mahathir) tidak melihat rayuan mereka sebagai perkara yang penting.

"Memang sewajarnya begitu. Ada banyak perkara lain yang lebih penting yang memerlukan perhatiannya.

"Ini termasuklah menguruskan ekonomi, menstabilkan pasaran, meneruskan cadangan pakej ransangan ekonomi, berunding dengan ketua-ketua penjawat awam dan berjumpa dengan parti-parti politik utama," katanya.

Tambah Kadir yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi Bersatu, dengan berjumpa dengan parti-parti politik utama, Mahathir akan lebih faham tentang maksud sokongan yang diberikan kepadanya bagi menyusun langkah seterusnya.

"Sebagai contoh, adakah mereka menyokong beliau (Mahathir_ kerana mereka benar-benar mahu melihatnya menerajui negara atau kerana mereka tidak mahu musuh politik mereka menang sokongan popular untuk menjadi perdana menteri?

"Jika mereka benar-benar sokong beliau dan tidak ada pencabar lain, beliau boleh membentuk kerajaan baru," katanya.

Berikut adalah petikan tulisannya..

AFTER two day of hiatus, during which he was transformed from the Prime Minister into ex-Prime Minister and finally as Interim Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad is back to the grindstone. 
First thing this morning, he received an unplanned visit by leaders of his party, Bersatu, at his private residence in Sungai Besi. 
They had come to plead with him to withdraw his decision, yesterday, to resign as chairman of the party. 
He submitted his resignation because he felt that majority of members of the party’s leadership council (Majlis Pimpinan Tertinggi) “listened more to his Political Secretary than him”. 
He was referring to the heated debate at the council’s meeting on Sunday during which the future of Bersatu in the Pakatan Harapan (PH) was discussed. 
At that meeting, he explained the wide mandate the PH Presidential Council had given him at the meeting of February 21. 
He appealed to MPT members not to force him to abandon his principle and renege on his promise (to hand over power to Datuk Sri Anwar Ibrahim after the November APEC Summit). 
By the look of things, he is not treating their appeal as an urgent matter. 
It should be so. There are many more urgent matters that require his attention. 
These include managing the economy, steadying the capital market, continuing with the proposed economic stimulus package, consulting with top civil servants and meeting leaders of the main political parties. 
The last bit of the agenda will help him understand more clearly the extent of support most of them had expressed for him and, from there, to plot the next move. 
For instant, are they supporting him because they genuinely want him to continue to lead the country or because they don’t want their adversaries to win popular support to become Prime Minister? 
If the support is genuine and there’s no other contender, he can start forming a new government.

Sepenuhnya silalah baca di SINI 


Sobat baru saja selesai membaca :

A. Kadir Jasin Dedah Kenapa Tun Letak Jawatan PM Dan Pengerusi BERSATU

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang A. Kadir Jasin Dedah Kenapa Tun Letak Jawatan PM Dan Pengerusi BERSATU dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: A. Kadir Jasin Dedah Kenapa Tun Letak Jawatan PM Dan Pengerusi BERSATU link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2020/02/a-kadir-jasin-dedah-kenapa-tun-letak.html

Subscribe to receive free email updates: