Judul : Selepas ucapan berapi-api, Azmin sedia bincang dengan Anwar
link : Selepas ucapan berapi-api, Azmin sedia bincang dengan Anwar
Selepas ucapan berapi-api, Azmin sedia bincang dengan Anwar
Selepas menyampaikan ucapan berapi-api kepada penyokongnya malam ini, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau bersedia berbincang dengan presiden parti, Anwar Ibrahim, bagi menyelesaikan krisis yang berlaku antara mereka.
Beliau menyatakan kesediaan tersebut selepas menyampaikan amanat lebih 40 minit kepada penyokong pada majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di sebuah hotel di sini. Beliau juga meminta pimpinan parti agar terus maju ke depan bagi menyatupadukan semula PKR. “Saya bersedia (jika diajak berbincang oleh Anwar). Saya ajak semua pimpinan dapat sama-sama dalam usaha satu padukan parti. “Saya seru semua pemimpin dan ahli untuk ke depan menyatukan parti. Sekiranya ada usaha, saya bersedia untuk bersama-sama (pemimpin lain). “Pengalaman yang kita lalui selama setahun ini amat pahit untuk kita semua,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan majlis. Beliau turut menafikan menyerang mana-mana pemimpin, termasuk Anwar ketika berucap di hadapan penyokongnya hari ini. “Saya tidak menyerang mana-mana peribadi, malahan saya jelaskan kepada ahli apabila presiden berdepan pelbagai bentuk ujian, saya sebagai timbalan keluarkan kenyataan dengan tuntas dan segera mempertahankan presiden. “Ini bukan saya buat-buat, sudah saya lakukan. Setelah 20 tahun, saya tetap pertahankan presiden dan saya setia,” katanya, sekali gus menyelar kisah Si Kitol yang disebut oleh Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada kongres nasional parti itu semalam. Tegasnya, beliau tidak mahu Anwar dipengaruhi mana-mana individu yang tidak memahami soal reformasi. Beliau yang juga menteri hal ehwal ekonomi turut memaklumkan bahawa tidak timbul soal penubuhan parti baru meskipun krisis serius sedang melanda parti itu. Ketika berucap, Azmin menempelak pihak yang menuduh dirinya sebagai pengkhianat parti sambil mengingatkan bahawa beliau berjuang mempertahankan parti sejak 20 tahun lalu hingga pernah dipenjarakan kerana parti. “Pada 7 Disember 2019 saya digelar pengkhianat. Setelah 20 tahun berjuang tiba-tiba digelar pengkhianat parti. Cis bedebah! Kamu belum kenal Azmin Ali. Ya aku tenang, tapi tenang tenang aku…. “Sebelum Anwar (Ibrahim) masuk penjara, aku masuk dulu. Ditelanjangkan, dibogel, dipijak, dihina kerana apa? Kerana perjuangkan PKR yang kita bina ini,” katanya. Beliau menyentuh soal kisah Si Kitol yang disebut Anwar dalam ucapan dasar yang disifatkan menjejaskan perpaduan PKR. “Ucapan saya merasmikan sayap, saya tak sentuh mana-mana peribadi pun. Saya tak sebut Si Kitol, ketul atau bendul! Kalau nak baca sejarah ada 1,001 sejarah yang lain. Dalam pada itu naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang turut berucap pada majlis sama membuat serangan terbuka terhadap Anwar sambil menyatakan kesediaannya dipecat daripada parti demi membawa parti ke landasan yang betul. “Tak apalah kalau kami dipecat untuk kita baiki (parti) saya dan Azmin (Ali) dah bersedia. Kami rela dikorbankan demi PKR kerana kita nak parti ke landasan yang betul. “Jadi kalau presiden rasakan PKR sangat gah, sangat hebat walaupun ada 50 ahli Parlimen tapi pengurusannya caca marba, siapa yang nak disalahkan? “Saya tahu ucapan ini dirakam, saya nak presiden dengar supaya beliau berfikir dan mendapatkan kewarasan dan kebijaksanaan beliau balik untuk bawa parti ke landasan yang betul,” katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong. Dalam ucapan sama, Zuraida mendakwa telah bertemu dengan Anwar sebelum ini dan meluahkan kekesalan dengan tindakan presiden PKR itu yang dianggap menipunya setelah melantik pengerusi PKR negeri tanpa membincangkannya dalam mesyuarat. Azmin juga berkata, tidak timbul soal penubuhan parti baru kerana PKR adalah parti yang dibina bersama-sama sejak sekian lama. “Parti ini kita bina bersama. Rakyat telah bina parti ini selama 20 tahun dan kita akan kekal dalam parti ini, cuma apabila ada masalah kita harus bincang dan cari penyelesaian. “Saya ajak semua ahli parti segera ketepikan masalah lalu dan sama-sama maju ke depan sebagai sebuah parti yang kuat di bawah kepimpinan presiden sekarang,” katanya. Beberapa pimpinan parti itu turut kelihatan hadir, termasuk naib presiden PKR Tian Chua; timbalan ketua Wanita, Daroyah Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Amirudin Shaari, Sivarasah Rasiah, Mohd Rashid Hasnon. Turut hadir ialah beberapa pimpinan lain, termasuk Afif Bahardin, Juwairya Zulkifli, Badrul Hisham Shaharin dan Khairuddin Abu Hassan. Terdahulu hari ini, Anwar berkata, gesaan perwakilan supaya parti itu memecat Azmin serta pemimpin dan perwakilan yang bertindak meninggalkan kongres parti itu semalam tidak timbul sama sekali. Beliau berkata, gesaan itu hanya ditimbulkan oleh perwakilan, tetapi tidak ada pimpinan parti yang memberi respons menyetujuinya. “Saya tidak ada masalah untuk berbincang, tetapi masalah yang ditimbulkan itu adalah sentimen yang mahukan parti bersatu dan tidak bertolak ansur terhadap mereka yang dianggap menyimpang daripada disiplin,” katanya pada sidang media selepas selesai slot penggulungan pada Kongres Nasional parti itu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini. Semalam Azmin dan sekutunya meninggalkan kongres berkenaan kerana mendakwa Anwar gagal mematuhi janji yang dibuat sebelum itu bagi memastikan perwakilan hanya berucap berkait isu dasar serta usaha mengukuhkan parti, selain tidak menyindir atau menyerang mana-mana pihak.
Sobat baru saja selesai membaca :
Selepas ucapan berapi-api, Azmin sedia bincang dengan Anwar
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Selepas ucapan berapi-api, Azmin sedia bincang dengan Anwar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Selepas ucapan berapi-api, Azmin sedia bincang dengan Anwar link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/12/selepas-ucapan-berapi-api-azmin-sedia.html