Perakam Suara Diletak Dalam Mesyuarat Laporan Pengauditan 1MDB Rupanya...

Perakam Suara Diletak Dalam Mesyuarat Laporan Pengauditan 1MDB Rupanya... - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Perakam Suara Diletak Dalam Mesyuarat Laporan Pengauditan 1MDB Rupanya..., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Perakam Suara Diletak Dalam Mesyuarat Laporan Pengauditan 1MDB Rupanya...
link : Perakam Suara Diletak Dalam Mesyuarat Laporan Pengauditan 1MDB Rupanya...

Baca juga


Perakam Suara Diletak Dalam Mesyuarat Laporan Pengauditan 1MDB Rupanya...


Perakam suara diletakkan dalam bekas pensel tanpa pengetahuan sesiapa oleh seorang pengarah di Jabatan Audit Negara (JAN) ketika mesyuarat penyelarasan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2016.

Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) JAN, Nor Salwani Muhammad, 52, mengakui meletakkan perakam itu yang kemudian merakam suara berdurasi dua jam 45 minit, di dalam bekas pensel milik wakil JAN iaitu Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, tanpa pengetahuannya sebelum mesyuarat dimulakan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, ketika pemeriksaan utama, Nor Salwani menjelaskan tujuan beliau memasukkan perakam itu ke dalam bekas pensel kerana perlu mendapatkan minit mesyuarat penyelarasan laporan audit 1MDB berkenaan.

Dalam keterangan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa, sebelum ini memberitahu bahawa tiada minit dicatat dalam mesyuarat penyelarasan berkenaan.

“Saya dilantik sebagai koordinator dalam menyediakan laporan audit 1MDB. Disebabkan itu saya perlu mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat terbabit kerana saya tidak boleh menyertainya (mesyuarat).

“Saadatul Nafisah tidak tahu saya yang menyimpan perakam dalam bekas pensel miliknya. Selepas mesyuarat habis, saya ambil perakam dan tutup punat,” kata Nor Salwani.

Nor Salwani mendedahkan perkara itu dalam perbicaraan kes pindaan Laporan Pengauditan 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Arul Kanda Kandasamy, di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Nor Salwani berkata, sejurus mesyuarat selesai bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Saadatul Nafisah keluar dari bilik mesyuarat dan beliau dapati wajah ketuanya itu sugul.

Sri Ram: Bagaimana keadaan Tan Sri Ambrin?

Nor Salwani: Saya nampak wajahnya sedih seperti dan lemah. Dia juga bercakap seorang diri seolah-olah merungut.

Sri Ram: Boleh kamu jelaskan keadaan Tan Sri Ambrin ketika itu?

Nor Salwani: Selepas keluar dari bilik mesyuarat, Tan Sri Ambrin menuju ke bilik air. Saya mengikutnya dari belakang.

Sri Ram: Kenapa kamu mengekorinya?

Nor Salwani: Keadaan dia sangat lemah. Saya takut dia jatuh. Dia seperti tidak senang dengan mesyuarat itu dan merungut hal berkaitan pengauditan.

Menurut Nor Salwani, selepas mesyuarat beliau dan pasukan audit pulang ke JAN dan di pejabat JAN, mereka mendengar semula rakaman mesyuarat berkenaan bagi mengetahui perkara sebenar.

“Selepas mendengar rakaman itu, kami terkejut dengan apa yang berlaku. Antara yang memeranjatkan kami antaranya terdapat perkara dalam laporan itu perlu digugurkan.

“Terdapat juga arahan supaya beberapa laporan tidak dimasukkan ke dalam laporan audit malah meminta supaya melupuskan laporan audit.

“Saya kemudian mengambil tindakan lanjut dengan memindahkan rakaman ke dalam ‘hard disc’ dan ‘thumb drive’,” katanya.

Jelasnya, rakaman asal dipadam kerana beliau menggunakan perakam khas (milik JAN), bagi mengelakkan kebocoran maklumat.

Katanya, sepanjang 22 tahun bekerja, pengalaman mendengar rakaman mesyuarat bertarikh 24 Februari 2016 adalah yang pertama di mana kandungan rakaman itu sangat mengejutkan.

“Ia sangat tidak normal,” kata Nor Salwani apabila ditanya Sri Ram berhubung sama ada isi kandungan rakaman itu adalah perkara normal berlaku dalam mesyuarat penting.

Sementara itu, dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk menyorokkan perakam suara ketika mesyuarat penyelarasan dijalankan.

Katanya, beliau tidak mempunyai kesempatan untuk memberitahu perkara itu kepada Saadatul Nafisah dan tidak berniat untuk menyorok perakam itu.

Ini kerana katanya, selepas diminta keluar dalam keadaan tergesa-gesa sebelum mesyuarat itu bermula, beliau terus meletakkan perakam suara ke dalam bekas pensel.

Muhammad Shafee: Mengikut etika, kamu berhak memaklumkan perkara kepada KSN (Ali Hamsa) bahawa kamu sebagai wakil JAN perlu mencatat minit?

Nor Salwani: Saya dalam keadaan kalut sehingga tidak berpeluang untuk menyatakan demikian.

Terdahulu, Nor Salwani menerusi penyata saksinya berkata rasa tidak senang terpancar pada riak wajah Ambrin ketika menyampaikan arahan kepada pasukan audit untuk menggugur dan menukar beberapa perkara yang terkandung dalam draf Laporan Pengauditan 1MDB.

Dalam pemeriksaan utama bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, saksi kelima pendakwaan itu menjelaskan bahawa Ambrin kelihatan sedih dan rasa tercabar.

“Tan Sri Ambrin menyampaikan arahan supaya menggugurkan beberapa perkara dalam laporan audit 1MDB.

“Arahan itu disampaikan sebaik saja mesyuarat penyelarasan laporan pengauditan pada 24 Februari 2016,” katanya.

Beliau berkata, antara perkara yang diminta supaya digugurkan seperti ‘memadam’ beberapa isu antaranya kewujudan dua penyata kewangan 1MDB yang bercanggah bagi tahun 2014 dan berhubung kehadiran ahli perniagaan dikehendaki polis, Low Taek Jho atau Jho Low dalam mesyuarat 1MDB.

Perkara lain yang turut dipadamkan ialah persetujuan Najib terhadap isu penangguhan penerbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) dan perjanjian Country Groups Securities Thailand dengan ACME Time Limited lapor Berita Harian


Sobat baru saja selesai membaca :

Perakam Suara Diletak Dalam Mesyuarat Laporan Pengauditan 1MDB Rupanya...

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Perakam Suara Diletak Dalam Mesyuarat Laporan Pengauditan 1MDB Rupanya... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Perakam Suara Diletak Dalam Mesyuarat Laporan Pengauditan 1MDB Rupanya... link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/11/perakam-suara-diletak-dalam-mesyuarat.html

Subscribe to receive free email updates: