Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak..

Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak..
link : Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak..

Baca juga


Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak..


Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah mengingatkan yang beliau tidak akan toleransi dengan mana-mana pihak yang cuba untuk memperdayakan mahkamah.

Ingatan itu adalah berkaitan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, dua hari lalu, walaupun mendapat cuti sakit sebelumnya.

Sequerah bagaimanapun memutuskan bahawa mahkamah tiada alasan untuk mengambil tindakan terhadap Najib selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

“Jika ada keperluan, saya tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.

“Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menilai tiada keperluan untuk mahkamah mengenakan sekatan,” katanya.

Hakim itu berkata demikian selepas mendengar hujahan berhubung isu kehadiran Najib di Tanjung Piai, pada prosiding perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang membangkitkan perkara itu, memohon kepada mahkamah untuk mengenakan sekatan ke atas Najib.

“Arahan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, memohon supaya Najib dikenakan sekatan agar tidak keluar dari Kuala Lumpur dan melaporkan diri ke balai polis terdekat dengan rumahnya setiap jam 9 pagi Sabtu.

“Masalah alahan Najib hilang secara ajaib selepas Khamis sehingga membolehkan tertuduh berkunjung ke Johor,” katanya.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee bagaimanapun berhujah, Tommy tidak membuat semakan teliti dan hanya mengeluarkan arahan kepada pihak pendakwaan.

“Surat sakit hanya untuk sehari saja dan tertuduh pergi ke Johor selepas masalah mata berairnya sembuh. Tetapi kesan bengkak masih ada,” katanya.

Khamis lalu Najib mengemukakan sijil cuti sakit (MC) kepada mahkamah melalui peguamnya kerana mengalami jangkitan mata lapor Berita Harian


Sobat baru saja selesai membaca :

Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/11/nak-ke-mahkamah-sakit-mata-ke-tanjung.html

Subscribe to receive free email updates: