Calon MCA Beri Kesan Negatif Buat BN - IDE

Calon MCA Beri Kesan Negatif Buat BN - IDE - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Calon MCA Beri Kesan Negatif Buat BN - IDE, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Calon MCA Beri Kesan Negatif Buat BN - IDE
link : Calon MCA Beri Kesan Negatif Buat BN - IDE

Baca juga


Calon MCA Beri Kesan Negatif Buat BN - IDE


Percaturan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon MCA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dijangka memberikan kesan negatif.

Berdasarkan kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE), ini kerana satu pertiga pengundi terutama kategori atas pagar meletakkan calon sebagai penentu kepada pilihan mereka khususnya dalam kalangan Melayu.

Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, keadaan itu berbeza dengan penyokong Pakatan Harapan meskipun bukan Melayu namun tetap mengutamakan parti sebagai faktor pemilihan.

Pengundi Melayu, katanya, sudah tentu akan berhadapan dengan dilema membuat keputusan sama ada memilih MCA yang menolak hudud atau calon Melayu dari Pakatan Harapan.

“67 peratus pengundi mengutamakan calon dan 33 peratus mempertimbangkan parti.

“Dalam konteks dalam kalangan (penyokong) UMNO pengamatan kami mereka mahukan dari kalangan Melayu tetapi atas pertimbangan pemimpin BN mereka meletakkan bekas calon yang kalah sebelum ini. Ini akan mempengaruhi keputusan.

“Ada kesan apabila BN meletakkan MCA sebagai calon. Dengan Cina sebagai calon MCA ia memberikan sedikit kelebihan kepada Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang media PRK Tanjung Piai: Satu Analisis di pejabat Ide di sini, hari ini.

BN mengumumkan ketua Bahagian MCA, Wee Jeck Seng yang pernah menjadi Ahli Parlimen kawasan itu dua penggal sejak 2008 sehingga tewas pada pilihan raya umum yang lalu untuk kembali pertanding pada 16 November nanti.

Pakatan Harapan pula mempertaruhkan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66 sebagai calon mereka.

Mohammad Redzuan turut mengulas mengenai Muafakat Nasional yang termeterai antara BN dan Pas.

Katanya, perkembangan terbaharu itu tidak memberi kelebihan di Tanjung Piai walaupun ia satu gambaran yang baik.

“Ada yang kata kerjasama UMNO dan Pas beri gambaran baik tapi ia tidak memainkan peranan penting,” ujarnya.

Di sebalik kaji selidik yang tidak begitu memihak kepada pembangkang, Mohammad Redzuan menyifatkan prestasi BN di kawasan Parlimen itu stabil berdasarkan undi yang diraih pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 iaitu sebanyak 28,046 undi, PRU12 (23,302) dan PRU13 (25,038) tidak mengalami penurunan yang ketara.

Malah, katanya, pada PRU14 ketika berlakunya ‘tsunami’ politik Malaysia, penurunan undi juga tidak ketara bagi BN di mana Jeck Seng memperoleh 23,255 undi yang mana menurut beliau turut dipengaruhi faktor keluar mengundi dan pengundi atas pagar. Mengulas lanjut, katanya, BN mempunyai lebih peluang sekiranya jumlah keluar pengundi pada 16 November nanti tinggi termasuklah membawa balik pengundi luar sebanyak 56 peratus.

Ini menurut Mohamad Redzuan ,beradasarkan pemerhatian IDE dalam beberapa PRK yang lalu iaitu Sg Kandis, Sri Setia, Balakong dan Cameron Highland.

Katanya, pengundi luar kawasan Tanjung Piai tetapi masih di Johor (23 peratus), Lembah Klang (7 peratus), Singapura (10 peratus), luar negeri (12 peratus), luar negara selain Singapura (1 peratus) dan lain-lain (3 peratus),” katanya.

Perincian itu dibacakan Mohammad Redzuan semasa membentangkan analisis kajian IDE pada 18 hingga 20 Oktober yang lalu, melibatkan 1,518 responden di kawasan Parlimen Tanjung Piai.

Beliau juga melihat kelebihan BN dari sudut kekuatan jentera yang boleh menggerakkan usaha semsa berkempen, dalam masa yang sama Pakatan Harapan pula, katanya, mempunyai lebih banyak ruang kerana memegang tampuk pemerintahan peringkat Pusat dan negeri.

Justeru beliau membuat kesimpulan bahawa kedua-dua parti utama yang akan bertanding ini mempunyai peluang tidak jauh beza untuk memenangi PRK Tanjung Piai.

“Dari segi mikro, kedua-dua parti mempunyai ruang dan peluang yang sama kalau menggunakan strategi yang betul,” katanya lagi.

Tanjung Piai mempunyai, 53,528 undi yang mana lebih separuh daripadanya adalah Melayu manakala Cina 42 peratus dan India 1 peratus.

Pada PRU-14 yang lalu, calon Pakatan Harapan Md Farid daripada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) yang meninggal dunia September yang lalu berjaya memecah tradisi apabila menembusi kawasan Parlimen, mengalahkan Wee dengan majoriti undi 21, 255.-MalaysiaGazette


Sobat baru saja selesai membaca :

Calon MCA Beri Kesan Negatif Buat BN - IDE

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Calon MCA Beri Kesan Negatif Buat BN - IDE dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Calon MCA Beri Kesan Negatif Buat BN - IDE link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/11/calon-mca-beri-kesan-negatif-buat-bn-ide.html

Subscribe to receive free email updates: