Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri..

Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri..
link : Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri..

Baca juga


Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri..


"Penolakan rakyat terhadap PH di Tanjung Piai bukan lah yang pertama. Kerajaan telah ditolak berturut-turut sebanyak tiga kali sejak PRK Cameron Highlands, diikuti Semenyih dan Rantau. Majoriti kekalahan PH meningkat daripada 3,000 lebih di Cameron Highlands ke 4,000 lebih di Semenyih dan Rantau sehingga memuncak kepada 15,000 lebih di Tanjung Piai.

"Mesej rakyat amat jelas iaitu mereka tidak lagi percaya kepada kerajaan PH untuk menerajui pemerintahan negara ini.

"Keputusan Tanjung Piai merupakan referendum rakyat yang menolak kerajaan hari ini.

"Kerajaan tiada pilihan lagi selain daripada membubarkan parlimen," kata Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno dalam suatu kenyataan.

Tu kata Ismail Sabri.. nampak sangat kurang cerdiknya..

Ini pula pendapat seorang penganalisa politik..

Penganalisis politik, Prof Dr Jayum Jawan, berkata keputusan PRK yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) itu tidak mewakili suara rakyat secara keseluruhan sebaliknya hanya manifestasi pengundi di Parlimen Tanjung Piai. 
“Gesaan pembangkang ini tidak relevan. Tiada sebab untuk menggunakan keputusan PRK itu untuk melakukan sesuatu yang lebih besar seperti dicadangkan pembangkang. 
“Menang di Parlimen Tanjung Piai bukan bermakna jika Parlimen dibubarkan esok, mereka (pembangkang) boleh menang dan menawan semula kerajaan Persekutuan,” katanya kepada BH, hari ini. 
Jayum juga dilaporkan berkata kepada Berita Harian, Majlis Mesyuarat Presiden PH perlu mengekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga penggal Parlimen Malaysia ketika ini berakhir. 
“Jawatan Perdana Menteri bukan milik Majlis Mesyuarat Presiden PH. Ia milik rakyat. Rakyat saja berkuasa memilih. Siapa mahu menjadi PM kena rujuk kepada rakyat. 
“Lagi pun mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ialah mandat Dr Mahathir. Kenapa beliau perlu diganggu. Jika hendak jadi Perdana Menteri, dapatkan mandat sendiri dari rakyat,” katanya.. laporan penuh di SINI

Dan ini pendapat DS Anwar Ibrahim..

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak perlu berundur biarpun sudah menerima tiga kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau berkata, sebaliknya Pakatan Harapan (PH) perlu mempunyai beberapa tindakan yang lebih berkesan bagi memulihkan keyakinan rakyat. 
Menurutnya, PH menerima kekalahan yang mengejutkan dalam PRK tersebut. 
"Tetapi kekalahan satu atau dua tiga kerusi, tidak menyebabkan kerajaan harus undur. 
"Kerajaan adalah mandat untuk terus berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan pihak tertentu yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen semata-mata kerana tidak mendapat kepercayaan rakyat... laporan penuh sila baca di SINI

Kemaruk sungguh depa tu nak jadi Kerajaan semula... hmmm


Sobat baru saja selesai membaca :

Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/11/bubar-parlimen-anwar-jawab-gesaan.html

Subscribe to receive free email updates: