Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir

Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir
link : Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir

Baca juga


Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir


Tulisan saya ini adalah reaksi setelah saya membaca rencana tulisan Dr Syed Husin Ali yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Dr Mahathir Mohamad.

Saya memohon izin untuk mengupas satu demi satu dan menjelaskan mengapa kenyataan Syed Husin dilihat tidak bertanggungjawab dan terpesong.

“Mahathir tidak boleh dipercayai. Rakyat mendesak transisi kepimpinan kepada Anwar Ibrahim”

Saya percaya bahawa sudah berulang-ulang kali Mahathir memaklumkan beliau menghormati keputusan Majlis Presiden PH berkenaan status beliau sebagai perdana menteri dan hala tuju masa hadapan.

Mengapa bersungguh-sungguh dan terburu-buru membuka isu ini lagi?

Serangan seperti inilah yang menimbulkan persepsi bahawa ada tangan-tangan ghaib yang ingin memporak-perandakan negara supaya Mahathir didesak untuk meletakkan jawatan.

Malah, ia menimbulkan spekulasi yang tidak perlu dan tidak diingini.

Kalau betul mahukan Mahathir berundur secara terhormat, berilah ruang untuk beliau mentadbir negara dan bukan asyik mendesaknya berundur walhal beliau dipilih oleh rakyat. Itulah makna terhormat.

Saya merupakan salah seorang anggota Majlis Presiden PH. Saya merupakan wakil tunggal Pemuda PH dalam badan itu, khususnya semasa perjanjian ditandatangani.

Tidak ada langsung garis masa “2 tahun” transisi peletakan jawatan dalam dokumen yang ditandatangani oleh kami.

Dahagakan pembaharuan, bukan sabotaj

Kalau tiada, mengapa ada cubaan berbohong kepada rakyat? Kenapa mendesak Mahathir meletak jawatan sekarang walhal perkara ini tidak pernah dipersetujui oleh kami?

Di mana Syed Husin semasa perbincangan ini berlaku? Mungkin dia lebih tahu daripada kami semua yang terlibat dalam Majlis Presiden PH.

Rakyat dahagakan pembaharuan dan penambahbaikan, bukan obsesi transisi, bukan perebutan kuasa dan bukan politik sabotaj.

Obsesi transisi dan excessive politicking memusnahkan impian kerajaan untuk membawa reformasi yang menyeluruh dan memulihkan ekonomi negara.

Apabila jerebu menyelimuti Malaysia, isu transisi dibincangkan dengan hangat lagi.

Apabila Mahathir sedang meyakinkan pelabur di luar negara, isu transisi dibangkitkan lagi.

Apabila Mahathir sedang sibuk memperkasakan institusi semak imbang seperti SPRM, PDRM dan media, isu transisi lagi sekali dibangkitkan.

Enough is enough. Bagaimana kita semua mahu melangkah ke hadapan apabila ada tangan-tangan ghaib yang mahukan kita untuk gagal?

“Apa keperluan YAB Tun M berulang-alik ke luar negara membazirkan duit rakyat. Apa hasilnya?”

Kita semua faham status Malaysia sebagai negara kleptokrasi sebelum PRU14. Imej negara tercalar di mata dunia. Banyak pelabur takut untuk datang ke Malaysia. Perjanjian berat sebelah seperti ECRL juga berleluasa.

Adakah kita mahu menikuskan diri daripada global diplomacy yang mampu memulihkan imej Malaysia di mata dunia?

Nilai pelaburan meningkat ketara

Setiap satu lawatan rasmi Mahathir ke negara luar sentiasa disusun dengan rangka kerja yang dapat memberikan manfaat besar kepada Malaysia dan isinya.

Sejak beberapa lawatan rasmi Mahathir ke negara luar yang lepas, saya sendiri boleh memetik beberapa kejayaan besar yang hanya dapat dicapai dengan kerja keras beliau dan warga pentadbiran awam lain.

Antaranya:

• Rundingan semula dengan China berkenaan projek ECRL dapat menyelamatkan lebih RM21.5 bilion wang rakyat dan melipatgandakan eksport kelapa sawit Malaysia ke China.

• Quarter-to-quarter investment dari AS meningkat daripada RM475 juta pada 2018 kepada lebih RM23 bilion pada 2019!

• Pelaburan dari Jepun meningkat secara mendadak dan bakal membuka universiti dan hospitalnya di Malaysia.

• Malaysia bersama-sama Turki dan Pakistan akan mengerakkan kempen besar-besaran untuk memerangi Islamophobia. Ia merupakan perpaduan ummah yang sebenar antara negara-negara Islam.

• Maruah negara dipulihkan dan Malaysia dikenali sebagai negara yang mengamalkan rule of law dan bukan lagi sebagai negara kleptokrasi, sekaligus mengembalikan kepercayaan pelabur asing.

Bukankah ini semua manfaat kepada Malaysia? Sudah tentu banyak lagi kerja yang harus kita semua lakukan untuk negara, tetapi merendah-rendahkan usaha Mahathir hanya dengan menggelarnya sebagai “berulang-alik ke luar negara membazirkan duit rakyat” adalah sangat tidak wajar.

“Kerosakan negara semua salah Mahathir, dari dulu sampai sekarang”

Saya ingin lontarkan beberapa persoalan dengan kenyataan ini.

Kalau negara rosak bawah pemerintahan Mahathir, adakah ia juga bermaksud menteri-menteri, khususnya timbalan perdana menteri pada masa tersebut juga patut dipersalahkan?

Timbalan perdana menteri dahulu merupakan Anwar, dan kini Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Disegani di mata dunia

Kalau Mahathir terpaksa dipersalahkan dalam semua perkara, adakah ia juga bermaksud beliau boleh “claim all credit” dalam segala pembangunan negara yang berlaku semasa 22 tahun pentadbirannya?

KLIA, Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Proton, Litar Antarabangsa Sepang, UiTM, MRSM, peruntukan biasiswa Mara yang naik mendadak dan lain lain.

Belum lagi jika kita hitung jutaan peluang pekerjaan berkualiti yang tercipta semasa pentadbirannya.

Kita sendiri berasa nikmat apabila nama Malaysia dihormati dan disegani di mata dunia.

Ya. Memang betul, tiada pemimpin yang bebas daripada melakukan kesilapan. Persoalannnya, kenapa kita cuba mensabotaj usahanya sekarang untuk memperbaiki kedudukan ekonomi negara?

Adakah desakan untuk beliau meletak jawatan secepat mungkin akan memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara? Sudah tentunya tidak.

Malah, lihat sahaja Indeks Demokrasi 2019 yang meletakkan Malaysia di tangga 52 dari 165 negara serta Laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat yang menobatkan Malaysia negara keempat terbaik di Asia Pasifik berbanding ketujuh pada 2016!

Adakah ini bukan perkembangan positif yang kita raih bersama?

Seharusnya, setiap bual bicara, cabang idea dan karangan rencana kita semua menjurus kepada pembangunan negara dan menyumbang kepada masyarakat. Jika tidak, pendamkan sahaja niat memburuk-burukkan seseorang.

Cukup-cukuplah taasub berpolitik. Rakyat mahukan kita fokus kepada “politik perut” mereka, bukan sibuk dengan politik perebutan kuasa. Kami yang berkhidmat, bukan yang berhormat.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Ketua Pemuda PH


Sobat baru saja selesai membaca :

Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/09/syed-saddiq-menjawab-syed-husin.html

Subscribe to receive free email updates: