Judul : Kes Adib: 'Terbukti saya tak reka cerita'
link : Kes Adib: 'Terbukti saya tak reka cerita'
Kes Adib: 'Terbukti saya tak reka cerita'
“PAHIT rasanya apabila saya dipulaukan oleh rakan-rakan sendiri serta menerima pelbagai tohmahan sejak memberikan keterangan berhubung apa yang menimpa Muhammad Adib dalam insiden rusuhan itu.
"Tapi pada hari ini, semuanya bertukar menjadi manis kerana akhirnya terbukti saya tidak mereka cerita mengenai kejadian itu," kata saksi inkues kesembilan, R Narresh, 30.
Narrresh berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Koroner hari ini, yang memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib akibat impak perbuatan jenayah disebabkan dua atau lebih lelaki yang tidak dikenali.
Menurut Narresh, bukan dia sahaja dikecam, malah keluarganya turut menerima nasib yang sama selepas dia menjadi saksi dan memberikan keterangan di Mahkamah Koroner pada 18 Februari lalu.
“Saya memberitahu perkara yang saya lihat dan membantu Muhammad Adib kerana tiada siapa mahu berbuat demikian pada malam kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bagaimanapun, Narresh menjelaskan dia tidak pernah menuduh bangsa yang bertindak memukul Muhammad Adib dan memberikan keterangan berdasarkan apa yang dilihat pada malam itu.
Narresh berkata, sejak memberikan keterangan di mahkamah, dia menerima banyak panggilan dari nombor tidak dikenali yang mengecam keterangannya itu.
"Mereka tidak berpuas hati dengan keterangan saya sedangkan apa yang saya lakukan kepada Muhammad Adib adalah satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
"Sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), saya mahu buktikan bahawa tindakan saya membantu mangsa menunjukkan rakyat negara ini tidak bersifat perkauman dan wajib membantu insan yang dalam kesusahan,” katanya.
Berdasarkan keterangan di Mahkamah Koroner, Narresh adalah individu yang membantu Muhammad Adib pada malam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, tahun lalu.
Narresh yang melihat Muhammad Adib mengalami kecederaan ketika itu membawa anggota bomba itu ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk rawatan lanjut.
Selain itu, Narresh juga bertindak menghubungi rakan sekerja Muhammad Adib bagi memaklumkan kejadian yang berlaku.
Koroner Rofiah Mohamad pada pagi ini membacakan keputusan inkues kematian Muhmaad Adib disebabkan perbuatan jenayah dua atau lebih orang tidak dikenali.
Prosiding inkues yang dikendalikan Pengendali Faten Hadni Khairuddin itu bermula pada 11 Februari lalu dengan seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dipanggil memberi keterangan selain 137 eksibit dikemukakan.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN).
Lagi berita berkaitan Inkues Adib
Sobat baru saja selesai membaca :
Kes Adib: 'Terbukti saya tak reka cerita'
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kes Adib: 'Terbukti saya tak reka cerita' dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kes Adib: 'Terbukti saya tak reka cerita' link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/09/kes-adib-terbukti-saya-tak-reka-cerita.html