Jual MyKad: Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa

Jual MyKad: Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Jual MyKad: Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Jual MyKad: Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa
link : Jual MyKad: Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa

Baca juga


Jual MyKad: Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa


Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan seorang lelaki bergelar Datuk antara enam lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown di sini semalam atas 32 pertuduhan melibatkan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran kepada warga asing palsu dan diubah suai.

Mohd Faizul Arifin, 34, yang juga Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang menghadapi dua pertuduhan utama iaitu di bawah Seksyen 26 E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Tertuduh didakwa membuat penipuan satu dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran Malaysia dan kad pengenalan Malaysia atas nama Ewe Chor Beng bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran.

Mohd Faizul didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat JPN Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan Jalan Anson di sini antara Januari dan Februari lalu.

Selain itu, Mohd Faizul yang menghadapi 11 pertuduhan turut berdepan lima pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana mengeluarkan lima kad pengenalan atas nama disyaki warga China.

Tertuduh juga menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen daftar beranak iaitu sijil kelahiran Malaysia.

Sementara itu, turut didakwa membabitkan kes sama, ahli perniagaan, Datuk Lai Chin Wah, 56; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36; Yap Cheng Wah, 44 dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 66.

Kelima-lima mereka didakwa atas 11 pertuduhan di bawah Seksyen 26 E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan 10 pertuduhan membabitkan Seksyen 466 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka didakwa menjual satu dokumen pengenalan diri palsu dan diubah suai iaitu sijil kelahiran Malaysia dan kad pengenalan Malaysia dan kad pengenalan Malaysia atas nama individu disyaki warga China bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran.

Kesemua tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Georgetown pada jam 9 pagi tadi.

Kesemua kes dibacakan di dua mahkamah sesyen berasingan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah dan Mazdi Abdul Hamid.

Kedua-dua hakim tidak menawarkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh dan kes disebut semula pada 18 September ini.

Pasukan pendakwaan dikendalikan Yusaini Amer Abdul Karim, Amril Johari, Noor Azura Zulkiflee, Farah Aimy Zainul Anwar, Yazid Mustaqim Roslan dan Shafiq Sazali.

Kesemua tertuduh diwakili peguam iaitu Sukhindarpal Singh, Dr N Ahilan, Lee Kean Wooi dan Datuk Ranjit Sigh Dillion.

Kelmarin, polis mendedahkan berjaya membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China di negeri ini yang didalangi pegawai JPN negeri.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah, namun dia didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dalam kejadian dipercayai berlaku pada Mei lalu.

Laporan sepenuhnya sila baca di SINI 


Sobat baru saja selesai membaca :

Jual MyKad: Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Jual MyKad: Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Jual MyKad: Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/09/jual-mykad-penolong-pengarah-jpn-antara.html

Subscribe to receive free email updates: