Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum?

Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum?
link : Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum?

Baca juga


Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum?


Di atas kertas kerjasama Umno – Pas yang akan dimeterai secara rasmi pada 14 September ini bakal merampas 30 kerusi parlimen Pakatan Harapan yang mana jumlah undi kedua-dua parti jika dicampurkan akan menghasilkan pemenang baharu.

Bagaimanapun, perancangan diaatas kertas bukanlah muktamad sebagaimana yang terjadi pada pilihan raya umum ke 14 lalu apabila Pas bertanding di hampir 200 kerusi parlimen untuk memastikan sokongan Melayu pecah dan mengekalkan kerajaan BN.

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, beliau percaya kerjasama Umno – Pas akan memberi malapetaka kepada kedua-dua parti dan bukannya kekuatan seperti mana yang diharapkan.

Menurutnya, pengundi yang lebih terbuka, terutama di Pantai Barat melihat kerjasama itu hanya memfokuskan untuk menang kerusi-kerusi DUN dan Parlimen, bukannya berbentuk kerangka pemerintahan jangka panjang.

“Tumpuan Pas dan Umno hanya mahu menang pilihan raya sahaja. Tujuannya adalah politik, bukan fokus memperbaiki kedudukan ekonomi, pendidikan, kesihatan atau kemudahan awam untuk orang Melayu.

“Di negeri Pantai Barat komposisi penduduknya, orang Melayu sebahagian besar berpendapatan sederhana dan rendah. Yang kaya raya bukan orang Melayu, hanya segelintir yang berharta.

“Sekiranya mereka (Pas – Umno) berjaya (menang pilihan raya), mereka dijangka akan bawa haluan masing-masing kerana tumpuan kedua-duanya berbeza. Umno kembali mengkayakan kroni dan Pas pula berjuang ke arah lain,” katanya dipetik Suara Keadilan.

Selain itu, Azan juga yakin Pas tidak akan menggugurkan isu pelaksanaan undang-undang Islam, iaitu hudud.

Isu berkenaan, katanya akan menyebabkan komponen dalam BN ‘memberontak’.

“Sekiranya Pas tetap dengan pendirian mereka soal hudud, MCA dan MIC akan terluka. Isu ini bukan baru. Ia isu tradisi dan memang akan menimbulkan pergolakan dalam BN dan Kerajaan Persekutuan jika Pas menyertainya.

“Isu Zakir Naik pun MIC suruh halau (keluar), apatah lagi isu hudud. Kalau Pas terus junjung isu hudud maka ia akan mencetuskan ketidaktenteraman dalam kerajaan itu nanti,” ulasnya.

Oleh itu, menurut Azan kerjasama itu belum tentu akan memberi kekuatan dan berkemungkinan menyebabkan sokongan sedia ada beralih kepada Pakatan Harapan.

“Pas ada tujuan mereka, begitu dengan Umno. Rakyat pun dah nampak perkara ini,” katanya lagi. – RF8 Media


Sobat baru saja selesai membaca :

Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kerjasama Umno – Pas, Sokongan Merudum? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/08/kerjasama-umno-pas-sokongan-merudum.html

Subscribe to receive free email updates: