Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR

Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR
link : Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR

Baca juga


Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas tuduhan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak berasas.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya difahamkan jemputan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah khusus untuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mula-mula terlibat dalam pembentukan Kabinet pada Mei 2018.

Jelasnya, pertemuan tersebut adalah untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai hal ehwal perjalanan kerajaan yang menyentuh perkara-perkara portfolio dan kementerian-kementerian.

"Ini bermaksud PKR diwakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pada ketika pembentukan kerajaan pasca PRU14 merupakan Presiden PKR.

"Maka PKR berpandangan tuduhan yang dilempar Khairuddin bahawa Anwar tidak menghormati konsensus PH adalah tidak berasas dan berniat jahat," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Khairuddin menerusi laman Facebooknya mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak menghormati konsensus PH kerana gagal untuk menghadiri mesyuarat antara Presiden-Presiden parti komponen gabungan parti itu dengan Dr Mahathir.

Khairuddin mempersoalkan tentang motif Anwar dan lebih mementingkan mesyuarat biro politik PKR daripada menghadiri perjumpaan dengan Perdana Menteri.

"Inilah masalah dengan sesetengah orang bila paras ego terlalu tinggi. Kalangan ini serang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kononnya gagal menghadiri beberapa siri mesyuarat parti PKR.

"Gajah di tepi mata tidak nampak tapi kuman di seberang laut mereka jelas kelihatan.

"Ini masalahnya dengan gelagat sesetengah pihak yang ego yang tidak nampak kesalahan sendiri tetapi lihat kesilapan orang lain saja," katanya.

Khairuddin berkata lagi, Anwar sepatutnya menghormati jemputan mesyuarat oleh Perdana Menteri.

"Walaupun kita dikatakan bakal mengambil-alih kepimpinan nombor satu negara tetapi perkara itu belum terjadi lagi. Sepatutnya hormatilah jemputan mesyuarat oleh Perdana Menteri.

"Masa kini, semua pihak masih di bawah kepimpinan ‘sitting’ Perdana Menteri dan harus hormati Perdana Menteri," katanya lapor Sinar Harian di SINI


Sobat baru saja selesai membaca :

Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kenyataan Khairuddin berniat jahat : PKR link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/08/kenyataan-khairuddin-berniat-jahat-pkr.html

Subscribe to receive free email updates: