ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah

ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah
link : ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah

Baca juga


ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah


PENGERUSI Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia 7 Julai lalu.

Tertuduh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Wakil rakyat itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa warga Indonesia berusia 23 tahun antara 8.15 malam hingga 9.15 malam 7 Julai lalu di sebuah bilik di tingkat atas rumah di Desa Meru 2, Meru Desa Park, Meru Raya.

Paul Yong diwakili pihak pembelaan diketuai Ramkarpal Singh dan disertai Leong Cheok Keng; R S N Rayer dan Farhan Sapian.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar; Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman dihadapan Hakim Norashima Khalid.

Pihak pembelaan kemudian memohon pendakwaan terhadap tertuduh ditangguhkan atas alasan terdapat laporan polis dibuat Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham malam tadi berhubung kes rogol berkenaan.

Ramkarpal memohon pertuduhan ditangguhkan agar siasatan lanjut dapat dilakukan polis kerana terdapat konspirasi dalam kes itu membabitkan bayaran RM100,000 kepada individu yang membawa mangsa untuk membuat laporan polis selain turut diugut menggunakan pistol.

Pihak pendakwaan membantah permohonan itu atas alasan mereka maklum mengenai laporan polis itu namun arahan diterima daripada Peguam Negara agar meneruskan pendakwaan hari ini.

Norashima kemudian menolak permohonan pertuduhan kes berkenaan ditangguhkan dan membenarkan pendakwaan meneruskan pertuduhan.

Pendakwaan memohon tertuduh tidak dibenarkan jamin kerana pertuduhan dihadapi tidak boleh dijamin dan hanya dibenarkan jamin dengan budi bicara mahkamah.

Pihak tertuduh meminta mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 atas alasan tertuduh memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan dan tertuduh juga mempunyai tanggungjawab terhadap pengundinya serta rakyat sebagai ADUN serta Exco selain perlu menanggung empat anak yang masih belajar.

Pendakwaan mencadangkan jaminan RM20,000 dengan dua penjamin jika mahkamah membenarkan tertuduh dijamin.

Norashima kemudian membenarkan Paul Yong dijamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 24 September ini sebagai sebutan semula dan pengurusan kes lapor MyMetro


Sobat baru saja selesai membaca :

ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: ADUN Tronoh Didakwa Merogol Amah link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/08/adun-tronoh-didakwa-merogol-amah.html

Subscribe to receive free email updates: