Judul : 1MDB: Bicara Najib Bermula Hari Ini..
link : 1MDB: Bicara Najib Bermula Hari Ini..
1MDB: Bicara Najib Bermula Hari Ini..
KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Perbicaraan kes berprofil tinggi yang ditunggu-tunggu, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Razak bermula hari ini dengan pihak pendakwaan dijangka memanggil enam saksi.
Perbicaraan akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah tinggi Collin Lawrence Sequerah pada 9.30 pagi.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ahmad Akram Gharib ketika ditanya perbicaraan hari ini berkata pihak pendakwaan akan memulakan kes dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes itu, membacakan kenyataan pembukaan diikuti memanggil saksi pertama.
Beliau berkata saksi yang akan dipanggil memberi keterangan hari ini adalah pegawai pentadbiran dari Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen Malaysia serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri.
Ahmad Akram berkata beliau akan mengendalikan tiga saksi manakala seorang lagi DPP akan mengendalikan saksi yang lain.
Bekas perdana menteri itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Najib, 66, berdepan empat tuduhan rasuah yang didakwa dilakukan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) undang-undang yang sama.
Bekas perdana menteri itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.
Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, Hakim Sequerah menetapkan 19 hingga 29 Ogos; sepanjang bulan September dan Oktober kecuali hari Jumaat; dan dua minggu pertama pada bulan November untuk mendengar perbicaraan kes 1MDB Najib. — Bernama
Sobat baru saja selesai membaca :
1MDB: Bicara Najib Bermula Hari Ini..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 1MDB: Bicara Najib Bermula Hari Ini.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 1MDB: Bicara Najib Bermula Hari Ini.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/08/1mdb-bicara-najib-bermula-hari-ini.html