Judul : Najib Mungkin Mencipta Sejarah
link : Najib Mungkin Mencipta Sejarah
Najib Mungkin Mencipta Sejarah
Saman sivil yang difailkan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan semula cukai tambahan sebanyak RM1.69 bilion mungkin merupakan jumlah terbesar yang dikenakan ke atas seorang individu di negara ini, kata seorang peguam.
“Kemungkinan ini adalah tunggakan cukai ke atas seorang individu paling besar walaupun ada syarikat yang diminta membayar hingga berbilion ringgit,” kata peguam cukai dan kastam S Saravana Kumar.
LHDN memfailkan saman itu pada 25 Jun meminta Najib membayar RM1,692,872,924.83 yang didakwa dimiliki antara 2011 dan 2017.
Saravana berkata, undang-undang percukaian di Malaysia menetapkan bahawa semua jumlah yang kena dibayar hendaklah diselesaikan terlebih dahulu sebelum individu terbabit memfailkan rayuan.
“Jika Najib gagal memfailkan rayuan terhadap taksiran ini, cukai yang dituntut menjadi muktamad dan konklusif dalam tempoh 30 hari,” katanya.
Beliau berkata, tidak jelas daripada laporan berita sama ada Najib telah memfailkan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan atau memulakan prosiding semakan kehakiman.
Katanya, individu yang terbabit dalam saman tersebut boleh memohon penangguhan prosiding terhadap penguatkuasaan ke atas aset yang dipertikaikan sekiranya semakan kehakiman telah difailkan.
Bagaimanapun katanya, rayuan tidak akan menghalang LHDN daripada meneruskan prosiding sivil terhadap seorang pembayar cukai yang belum menjelaskan cukainya. Perkara ini diperuntukkan di bawah Seksyen 103 dan 106 Akta Cukai Pendapatan 1967.
Pengurusan kes bagi saman terhadap Najib itu ditetapkan pada 25 Julai ini.
Laporan penuh sila baca di SINI
Sobat baru saja selesai membaca :
Najib Mungkin Mencipta Sejarah
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Najib Mungkin Mencipta Sejarah dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Najib Mungkin Mencipta Sejarah link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/07/najib-mungkin-mencipta-sejarah.html