Judul : Kemelut Anwar-Azmin Beri Ruang Tun M Pilih Bakal PM-8 Baharu
link : Kemelut Anwar-Azmin Beri Ruang Tun M Pilih Bakal PM-8 Baharu
Kemelut Anwar-Azmin Beri Ruang Tun M Pilih Bakal PM-8 Baharu
Tanpa kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang masih terus bertelingkah, maka sewajarnya Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi ruang untuk terus mengekalkan jawatan Perdana Menteri sehingga beliau benar-benar yakin Pelan Kemakmuran Bersama dapat dilaksana dan dicapai.
Terpanggil membangkitkan isu itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menegaskan, ekoran kemelut kepemimpinan PKR membabitkan presiden dan timbalan presiden parti itu, ia membolehkan Dr. Mahathir mengenal pasti bakal penggantinya yang lain yang boleh melaksanakan agenda kemakmuran berkenaan.
“Untuk melaksanakan Pelan Kemakmuran ini bersama Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030, adalah penting untuk Anwar dan Azmin meredakan perselisihan mereka.
“Azmin kena fokus pada kerjanya selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi untuk melancarkan pembangunan ekonomi negara.
“Buat Anwar pula, saya sarankan tidak perlulah (beliau) nak adakan satu gerakan untuk perkasakan sokongan kerana hakikatnya Tun (Dr. Mahathir) akan serahkan jawatan kepada beliau seperti yang dijanjikan.
“Walau bagaimanapun, dengan pertelingkahan berterusan antara kedua-duanya (Anwar dan Azmin) yang saya anggap perselisihan dalam keluarga namun jika masih tidak boleh selesai, maka sokongan penuh harus diberikan kepada Tun untuk terus menerajui kerajaan sehingga tamat penggal (lima tahun).
“Ataupun mengenal pasti pemimpin lain seperti Tan Sri Muhyiddin (Yassin) yang banyak pengalaman dalam mentadbir urus negara. Saya kena bercakap hal ini kerana ketidaktentuan politik ini (dalam PKR) juga menyebabkan pelabur tidak yakin kepada Malaysia dan mungkin bersikap `tunggu dan lihat’,” kata Menteri Pembangunan Usahawan itu kepada Utusan Malaysia hari ini.
Konflik antara Anwar dan Mohamed Azmin kian parah dan diibarat retak menanti belah ekoran kenyataan terbaharu Timbalan Presiden PKR itu yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri sehingga akhir penggal, sekali gus bercanggah dengan perjanjian tempoh dua tahun peralihan kuasa dari Dr. Mahathir kepada Anwar.
Pelan Kemakmuran Bersama merupakan dasar teras kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang akan menjadi agenda bumiputera berteraskan konsep kemakmuran secara saksama.
Agenda itu akan menumpukan kepada usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian ekonomi Melayu dan bumiputera.
Pelan tersebut akan dirangka dengan penglibatan semua pihak membabitkan badan ekonomi Melayu, dewan perniagaan semua kaum, pemain industri, ahli korporat, pakar ekonomi, badan profesional, badan bukan kerajaan dan parti komponen dalam PH.
DKN 2030 yang baru dilancarkan awal bulan ini pula bermatlamat untuk memperkasakan golongan berpendapatan rendah B40 dengan menanamkan budaya keusahawanan.
Dasar tersebut yang dipertanggungjawabkan di bawah kementerian Mohd. Redzuan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan satu juta pekerjaan. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Kemelut Anwar-Azmin Beri Ruang Tun M Pilih Bakal PM-8 Baharu
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kemelut Anwar-Azmin Beri Ruang Tun M Pilih Bakal PM-8 Baharu dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kemelut Anwar-Azmin Beri Ruang Tun M Pilih Bakal PM-8 Baharu link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/07/kemelut-anwar-azmin-beri-ruang-tun-m.html