Judul : 1MDB: Perbicaraan Najib Bermula 19 Ogos
link : 1MDB: Perbicaraan Najib Bermula 19 Ogos
1MDB: Perbicaraan Najib Bermula 19 Ogos
Perbicaran pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa yang terhadap Najib Razak berhubung skandal 1MDB akan diadakan dari 19 Ogos hingga 14 Nov, susulan penolakan permohonan kerajaan untuk penangguhan memandangkan kes SRC International sedang berlangsung yang mana bekas perdana menteri berdepan 7 pertuduhan jenayah.
Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah berkata beliau menolak permohonan Peguam Negara Tommy Thomas kerana ia adalah permintaan ke-3 untuk menangguhkan kes 1MDB.
“Permohonan itu ditolak dan perbicaraan 1MDB akan diteruskan seperti yang dijadualkan,” katanya.
Kes SRC International dijadualkan berlangsung sehingga 15 Ogos. Pihak pendakwaan memanggil 42 saksi setakat ini.
Dalam prosiding terakhir di depan Sequerah pada 21 Jun, Thomas berkata pihak pendakwaan mempunyai 20 lagi saksi untuk dipanggil sebelum ia boleh menutup kesnya.
“Perbicaraan SRC berjalan lebih perlahan daripada jangkaan kita,” katanya, dengan menambah perbicaraan kes 1MDB patut ditangguhkan ke 1 Oktober.
Najib berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan salah guna kuasa September lepas berkait dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBank milik beliau.
Beliau didakwa menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan rasuah sebanyak RM2.28 bilion pada Februari 2011 dan Disember 2014.
Beliau juga dikatakan memindahkan dana haram sebanyak RM2.28 bilion itu ke akuan bank beliau dan kemudiannya menggunakan wang tersebut.
Dalam kes SRC International, beliau dituduh menyalahgunakan kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah lapor FMT
Sobat baru saja selesai membaca :
1MDB: Perbicaraan Najib Bermula 19 Ogos
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 1MDB: Perbicaraan Najib Bermula 19 Ogos dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 1MDB: Perbicaraan Najib Bermula 19 Ogos link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/07/1mdb-perbicaraan-najib-bermula-19-ogos.html