Judul : Terima Keputusan Dr M, Beri Ruang Latheefa Jalankan Tugas - Anwar
link : Terima Keputusan Dr M, Beri Ruang Latheefa Jalankan Tugas - Anwar
Terima Keputusan Dr M, Beri Ruang Latheefa Jalankan Tugas - Anwar
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menerima keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau juga menggesa Latheefa dan SPRM diberi ruang untuk melaksanakan tugas mereka.
Dalam satu kenyataan, beliau maklum berkenaan pelbagai reaksi daripada PH, NGO dan masyarakat berkenaan pelantikan itu.
"Polemik terbuka secara berterusan ini dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej kerajaan PH.
"Saya yakin perdana menteri dan pimpinan PH akan menilai segala pandangan dengan penuh prihatin dan selanjutnya akan menjelaskan kepada kabinet dan Majlis Presiden PH.
"Maka dengan ini saya menggesa semua rakan-rakan menerima keputusan Dr Mahathir dan memberi ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan," katanya lagi.
Kenyataan itu di saat sejumlah anggota parlimen PKR, antaranya Tan Yee Kew (Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), secara terbuka membantah pelantikan itu. Pelantikan Latheefa mengundang kritikan memandangkan Mahathir membuat keputusan tanpa berbincang dengan kabinet dan melalui parlimen.
Bagaimanapun ada pihak mengatakan ketegasan bekas anggota PKR itu menyebabkan beliau sebagai orang paling sesuai memegang jawatan itu.
Khamis lalu, Anwar berkata Mahathir perlu menjelaskan soal pelantikan itu, antaranya kerana ia tidak menepati janji PH berkenaan pelantikan jawatan-jawatan utama.
Sementara itu, anggota parlimen Port Dickson itu berkata polemik itu secara positif telah memperkukuh komitmen PH untuk memastikan SPRM melaksanakan tugas dengan adil.
"SPRM dituntut bertindak terhadap semua kes rasuah sama ada pentadbiran lama dan baru. Pimpinan PH, NGO dan rakyat pasti akan terus memantau perjalanan dan keberkesanannya," katanya lagi lapor Malaysiakini
Sobat baru saja selesai membaca :
Terima Keputusan Dr M, Beri Ruang Latheefa Jalankan Tugas - Anwar
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Terima Keputusan Dr M, Beri Ruang Latheefa Jalankan Tugas - Anwar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Terima Keputusan Dr M, Beri Ruang Latheefa Jalankan Tugas - Anwar link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/06/terima-keputusan-dr-m-beri-ruang.html