Azmin Nafi Terbabit Video Lucah

Azmin Nafi Terbabit Video Lucah - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Azmin Nafi Terbabit Video Lucah, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Azmin Nafi Terbabit Video Lucah
link : Azmin Nafi Terbabit Video Lucah

Baca juga


Azmin Nafi Terbabit Video Lucah


MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam video lucah yang tersebar sejak semalam dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau yakin siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.

“Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya ‘gutter politics’ (politik kotor). Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.

Katanya, beliau akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terbabit dalam kerja jahat berkenaan.

“Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

“Saya yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini,” katanya

Pada awal pagi tadi, seorang individu mendakwa terbabit sama dalam video itu, dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terbabit dalam aksi berkenaan.

Semalam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang medianya memaklumkan tidak mengetahui penyebaran mengenai beberapa keping gambar dan video ‘intim’ mirip seorang menteri lapor HarianMetro


Sobat baru saja selesai membaca :

Azmin Nafi Terbabit Video Lucah

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Azmin Nafi Terbabit Video Lucah dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Azmin Nafi Terbabit Video Lucah link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/06/azmin-nafi-terbabit-video-lucah.html

Subscribe to receive free email updates: