Tindakan Zaharudin, Tiada Restu Dari Tuan Guru.

Tindakan Zaharudin, Tiada Restu Dari Tuan Guru. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tindakan Zaharudin, Tiada Restu Dari Tuan Guru., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tindakan Zaharudin, Tiada Restu Dari Tuan Guru.
link : Tindakan Zaharudin, Tiada Restu Dari Tuan Guru.

Baca juga


Tindakan Zaharudin, Tiada Restu Dari Tuan Guru.




KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharudin Muhammad mendedahkan isu berhubung 'kartel dedak' suatu ketika dulu mendapat restu presiden parti terbabit adalah tidak benar.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tiada restu diberikan terhadap Zaharudin berhubung isu tersebut seperti yang didakwa Zaharudin di dalam laman Facebook beliau pada 12 Mei lalu.
"Restu tak betul, tak betul. Pasal restu ni tak timbul. Tiada restu," tegas Tuan Guru.
Menurut Tuan Guru, Zaharudin bakal dikenakan tindakan disiplin atas sebab mengulangi atau memainkan semula fitnah yang telah lama selesai didalam PAS.
"Oleh kerana mengungkit balik perkara itu, dianggap sebagai sesuatu berkait dengan disiplin, dan kita (telah) membuat aduan kepada PAS negeri, dan PAS kawasan.
"Kemungkinan tindakan itu terima dulu, (yang pasti) akan di hadapkan. Kita (juga) dimaklumkan oleh negeri dan kawasan, (mereka juga) menghantar laporan," ujar beliau ketika disoal mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap Zaharudin dalam sesi soal jawab bersama media di De Palma, Ampang.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan tampil menjelaskan bahawa isu berhubung 'kartel dedak' tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS untuk membuat keputusan sewajarnya.
"Kita menerima satu aduan mengenai pelanggaran tatatertib parti, jadi kita akan serahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk buat keputusan, itu sahaja setakat ini.
"Kita serah kepada Jawatankuasa tatatertib untuk siasat dan membuat pendakwaan dan sebagainya lah," jelas beliau.
Turut kelihatan dalam Program Dialog dan berbuka puasa pimpinan PAS bersama media ialah Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Idris Ahmad dan barisan-barisan kepimpinan parti PAS. – HARAKAHDAILY 13/5/2019


Sobat baru saja selesai membaca :

Tindakan Zaharudin, Tiada Restu Dari Tuan Guru.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tindakan Zaharudin, Tiada Restu Dari Tuan Guru. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tindakan Zaharudin, Tiada Restu Dari Tuan Guru. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/05/tindakan-zaharudin-tiada-restu-dari.html

Subscribe to receive free email updates: