Tiada ‘Masa Sebenar’ Serah Anwar Jawatan PM, kata Dr M

Tiada ‘Masa Sebenar’ Serah Anwar Jawatan PM, kata Dr M - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tiada ‘Masa Sebenar’ Serah Anwar Jawatan PM, kata Dr M, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tiada ‘Masa Sebenar’ Serah Anwar Jawatan PM, kata Dr M
link : Tiada ‘Masa Sebenar’ Serah Anwar Jawatan PM, kata Dr M

Baca juga


Tiada ‘Masa Sebenar’ Serah Anwar Jawatan PM, kata Dr M


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan semula janji beliau untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH), walaupun tiada tempoh masa dinyatakan.

“Saya telah bersetuju yang Anwar akan mengambil alih dari saya dan saya akan mematuhi dengan perjanjian saya.

“Semasa pembentukan gabungan PH, adalah dipersetujui bahawa ia akan diketuai oleh saya sebagai pengerusi.

“Kami juga berjanji sekiranya saya menjadi PM, penggal saya akan dihadkan ke beberapa tempoh, tetapi masa sebenar tidak dinyatakan,” katanya dalam sesi dialog pada Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Hadapan Asia kali ke-25, juga dikenali sebagai Persidangan Nikkei.

Perdana Menteri berkata, beliau akan turun “selepas tempoh masa tertentu bagi meletakkan ekonomi di landasan yang tepat.

Beliau berkata, berurusan dengan ekonomi Malaysia adalah satu isu yang paling besar dan menekan yang perlu diselesaikan sebelum peralihan kuasa.

“Kita perlu mengurangkan pinjaman kepada satu tahap tertentu di mana wang kita boleh digunakan untuk keperluan pembangunan,” katanya.

Cabaran lain ialah untuk menukar pemikiran orang ramai agar tidak bergantung dengan bantuan kerajaan, katanya.

Dr Mahathir menegaskan bahawa PH tidak begitu disukai oleh sesetengah rakyat Malaysia pada masa kini kerana ia tidak meneruskan amalan pentadbiran sebelum ini yang memberi “wang percuma”.

“Kerajaan sebelum ini gemar memberi wang percuma kepada orang ramai. Semua orang mendapat wang percuma. Jika anda seorang bujang, anda mendapat RM450, nelayan, RM300. Mereka diberi wang tanpa berbuat sesuatu.

“Kini kita mengambil alih dan menanggung beban hutang yang banyak ini. Kita tidak ada wang dan kita tidak boleh memberi wang percuma kepada orang ramai. Disebabkan itu, mereka tidak suka kita. Tetapi ia terpaksa dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada cara kerajaan boleh membetulkan masalah kewangan tanpa perlu berhati-hati dan berhemat dalam pengurusannya.

“Kami mahu mereka (orang ramai) mempunyai pekerjaan dan mendapatkan wang. Kerajaan juga akan mempunyai cukup kekayaan dan kita boleh membayar hutang dan wujudkan lebih banyak pekerjaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, sebuah negara dengan rakyatnya bergantung kepada kerajaan untuk wang percuma tidak akan berkembang, manakala sebuah negara di mana rakyatnya bekerja keras untuk mewujudkan kekayaan akan sejahtera lapor MMO


Sobat baru saja selesai membaca :

Tiada ‘Masa Sebenar’ Serah Anwar Jawatan PM, kata Dr M

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tiada ‘Masa Sebenar’ Serah Anwar Jawatan PM, kata Dr M dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tiada ‘Masa Sebenar’ Serah Anwar Jawatan PM, kata Dr M link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/05/tiada-masa-sebenar-serah-anwar-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates: