Judul : Peluk Islam Untuk Tinggalkan Gaya Hidup LGBT.
link : Peluk Islam Untuk Tinggalkan Gaya Hidup LGBT.
Peluk Islam Untuk Tinggalkan Gaya Hidup LGBT.
ABDUL MALIK ZAIDI WANG JIRYUN ABDULLAH
PULAU PINANG 14 Mei - Terjebak dengan hubungan sejenis sejak usia 10 tahun, Abdul Maliq Zaidi Wang Jiryun Abdullah, 33, beranggapan dia tidak mungkin akan dapat kembali ke pangkal jalan.
Apatah lagi gaya hidup songsangnya itu termasuk sering bertukar pasangan antara lelaki dan perempuan semakin menjadi-jadi ketika menginjak dewasa dan sewaktu menuntut di sebuah kolej komuniti di negeri ini.
Namun benarlah hidayah Allah SWT tidak mengenal sesiapa dan ketika usianya 22 tahun iaitu sewaktu masih mengamalkan gaya hidup bebas dan songsang, hatinya disuntik untuk mendalami mengenai Islam melalui pembacaan buku-buku mengenai agama suci itu.
Menceritakan lebih lanjut, Abdul Maliq Zaidi berkata, ketika itu, dia merupakan seorang ateis atau ‘free thinker’ selepas meninggalkan agama Budha iaitu agama yang dianutinya sejak dilahirkan.
Ujarnya, pembacaannya ketika itu adalah lebih kepada buku-buku berunsurkan jihad dalam Islam khususnya melibatkan perjuangan masyarakat Islam di wilayah bergolak seperti di sempadan Uzbekistan dan China.
Selain itu, katanya, dia juga banyak membaca buku-buku mengenai perubatan dalam Islam termasuk berkaitan amalan penyembuhan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran iaitu rukyah.
“Daripada pembacaan buku-buku berkenaan Islam itu juga timbul keyakinan dalam diri saya yang mana saya boleh berubah dan meninggalkan gaya hidup songsang dengan menjalani kehidupan sebenar sebagai seorang Muslim.
“Dengan tekad itu, saya akhirnya melafazkan syahadah dengan bersaksikan pegawai agama di Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang (Ipsi) di sini pada usia 23 tahun,” katanya.
Dia ditemui Utusan Malaysia ketika menyertai majlis berbuka puasa anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) di Masjid Kapitan Keling, di sini semalam.
Menurut Abdul Maliq Zaidi seperti kebanyakan mualaf lain, keputusannya memeluk agama Islam itu tidak mudah diterima termasuk oleh ibu bapanya yang menentang keras.
Malah, katanya, hubungan dengan ibunya serta adik perempuannya yang beragama Kristian sehingga kini juga tidak begitu harmoni.
Bagaimanapun, tambahnya, dia bersyukur dan bertuah kerana bapanya yang merupakan penganut Budha sedikit berlapang dada dengan keputusannya itu.
“Selain itu, saya juga bersyukur kerana ibu saudara saya yang merupakan golongan ateis masih boleh menerima saya sebagai seorang Islam dan setiap kali pulang ke kampung halaman saya di Air Itam di sini, saya akan tinggal bersamanya,” katanya.
Ditanya pengalamannya berpuasa, Abdul Maliq Zaidi berkata, selepas hampir 10 tahun bergelar Muslim, dia semakin gembira dan teruja untuk berpuasa seterusnya bersama-sama berbuka dengan umat Islam lain di masjid.
Katanya, dia yang kini bekerja dan menetap di Lembah Klang juga akan memastikan kerap pulang ke negeri ini dan mengunjungi masjid di sini yang disifatkannya sangat istimewa dan berbeza berbanding di tempat lain.
“Di sini kepelbagaian kaum yang menganut Islam lebih terserlah dan dirasai, mungkin kerana itu saya tidak berasa kekok atau jangkal untuk beribadat di masjid bersama-sama mereka,” katanya.
Tambahnya, dia juga bersyukur kerana sehingga kini iaitu selepas hampir 10 tahun memeluk Islam, dia masih mendapat bimbingan di Pro-Tajdid Al-Qayyim dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Sains Malaysia (USM). - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Islam jadi benteng gaya hidup LGBT. Kembalilah kepada cara hidup yang sessuai dengan tabii manusia bukan luar tabii atau dengan kegiatan songsang hubungan sejenis.
Jangan ada lagi ahli PH yang menyokong, membela dan menjadi LGBT. Penagih LGBT, kalau nak selamat pilihlah Islam.
AL-KAFI #578 : BUDAYA LGBT, HADAPILAH DENGAN ILMU
Soalan:
Semakin banyak pengeluar produk dan pasukan sukan yang menyokong agenda menyemarakkan budaya LGBT, apakah tindakan yang elok dilakukan oleh umat Islam?
Jawapan:
Menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mendalami isu tentang LGBTQ (Lesbian, gay, bisexual, transgender, and queer individual/identities) sehingga jelas hakikat dan pandangan alam tentang perkara ini. Ini termasuklah penyelidikan daripada aspek bahasa, epistemologi, ontologi, fisiologi, agama, dan sains mental dan kesihatan, dan sebagainya. Kaedah usul ada menyatakan:
الحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عن تَصَوُّرِهِ
Maksudnya: Hukum tentang suatu perkara dibina atas tasawur (pandangan keseluruhan) tentang perkara itu.
Apabila sudah faham, barulah umat Islam boleh mengeluarkan suatu pendapat bagi isu ini, berhujah dengan debat dan merangka polisi penyelesaian dalam isu ini. Sebahagian usaha penerangan ini telah dilakukan oleh pihak JAKIM ialah:
- Penerbitan buku dan e-book “Hadis-Hadis Sahih Berkaitan Perlakuan LGBT”. Rujukan : https://goo.gl/hhe7hZ
- Penerbitan buku dan e-book “Hadith Sahih on Behaviour of LGBT”. Rujukan : https://goo.gl/k5X5Ey
- Penerbitan buku dan e-book “Manual Islam dan Mak Nyah”. Rujukan : https://goo.gl/bfBG7i
- Video Penerangan. Rujukan: https://goo.gl/0Q0Fha, https://goo.gl/ok82Pu
Dengan mengambil sikap yang matang dan praktikal, budaya buruk akibat fenomena LGBT dapat dikekang melalui kefahaman yang sahih dan betul, manakala golongan yang ditimpa ujian dengan orientasi seksual yang berbeza boleh dibimbing dan diselamatkan daripada terpengaruh dengan budaya liberal agama yang merosak.
Kami menaqalkan di sini pesanan Imam al-Ghazzali kepada para ibu bapa:
“Kanak-kanak itu adalah amanah bagi ibu bapanya. Hati nuraninya bersih bak permata yang bernilai. Jika dibiasakan dengan kebaikan dan diajar nescaya dia besar dan bahagia di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika dibiasakan dengan kejahatan serta diabaikan seperti pengabaian binatang ternakan, nescaya dia akan binasa dan celaka. Justeru, hendaklah anak itu dipelihara dengan mendidiknya dan mengajarnya nilai-nilai akhlak sedari kecil lagi.”
Pesanan ini amat benar agar tidak terpesong dan terbabas daripada sebuah perjalanan hidup yang sebenarnya.
Semoga Allah Taala memberikan kita kefahaman dan ilmu dalam berdepan dengan dunia yang semakin mencabar.
Lihat sebelum ini..
Sobat baru saja selesai membaca :
Peluk Islam Untuk Tinggalkan Gaya Hidup LGBT.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Peluk Islam Untuk Tinggalkan Gaya Hidup LGBT. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Peluk Islam Untuk Tinggalkan Gaya Hidup LGBT. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/05/peluk-islam-untuk-tinggalkan-gaya-hidup.html