Judul : Anggota Jab.Amal Pas Ditahan, ADUN Nik Amar Ditangkap?
link : Anggota Jab.Amal Pas Ditahan, ADUN Nik Amar Ditangkap?
Anggota Jab.Amal Pas Ditahan, ADUN Nik Amar Ditangkap?
Anggota Jabatan Amal Pas ditahan bantu siasat fitnah menteri
KOTA BHARU 7 Mei - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota Jabatan Amal Pas bagi membantu siasatan dakwaan menyebarkan berita palsu di media sosial.
Penahan lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan susulan daripada satu hantaran dalam facebook miliknya yang didakwa memfitnah seorang menteri.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.
“Suspek memang ditangkap dan diremah selama dua hari. Itu yang boleh saya sahkan,” katanya ringkas.
Berdasarkan maklumat awal, suspek yang juga seorang peniaga kedai makan dipercayai akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, tular di laman sosial mengatakan seorang pegawai pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ditangkap.
Bagaimanapun Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar ketika dihubungi menafikan perkara itu.
“Tiada. Ini kerja orang yang tak ada kerja,” katanya merujuk kepada pihak yang menyebarkan cerita penahanan pegawainya itu. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Anggota Jab.Amal Pas Ditahan, ADUN Nik Amar Ditangkap?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Anggota Jab.Amal Pas Ditahan, ADUN Nik Amar Ditangkap? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Anggota Jab.Amal Pas Ditahan, ADUN Nik Amar Ditangkap? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/05/anggota-jabamal-pas-ditahan-adun-nik.html