Judul : Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat JAIS - Mujahid
link : Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat JAIS - Mujahid
Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat JAIS - Mujahid
MUJAHID: Menteri yakin dan percaya pihak JAIS akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini dengan adil dan sebaiknya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Program pelancaran buku dan forum mengenai 'Wanita Muslim dan Tudung' yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor, pada Sabtu (13 April), akan disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diambil maklum dan dipandang serius.
"Pihak Menteri telahpun berhubung dengan JAIS memandangkan perkara ini berada dalam bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri kerana program ini diadakan di Selangor.
"Difahamkan pihak JAIS telah mengambil maklum mengenai perkara ini dan dalam tindakan mereka.
"Sehubungan dengan itu, menteri yakin dan percaya pihak JAIS akan menjalankan siasatan terhadap perkara ini dengan adil dan sebaiknya," kata kenyataan itu hari ini.
Program tersebut, digelar 'Malay Women & Dehijabbing' (Wanita Melayu dan Buka Tudung) berkisar perkongsian pengalaman tiga wanita bertudung sebelum menemui dunia baharu tanpa tudung.
Ia dilihat mendapat banyak maklum balas negatif daripada netizen. (AA)
Sobat baru saja selesai membaca :
Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat JAIS - Mujahid
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat JAIS - Mujahid dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Forum Bincang Pengalaman Wanita Buka Tudung Disiasat JAIS - Mujahid link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/04/forum-bincang-pengalaman-wanita-buka.html