10,000 Himpunan Hina Nabi, NGO Serah Memo Pada Sultan.

10,000 Himpunan Hina Nabi, NGO Serah Memo Pada Sultan. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 10,000 Himpunan Hina Nabi, NGO Serah Memo Pada Sultan., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 10,000 Himpunan Hina Nabi, NGO Serah Memo Pada Sultan.
link : 10,000 Himpunan Hina Nabi, NGO Serah Memo Pada Sultan.

Baca juga


10,000 Himpunan Hina Nabi, NGO Serah Memo Pada Sultan.



ALOR SETAR: Kira-kira 10,000 peserta dari setiap lapisan umur bersama-sama menyertai himpunan aman menyerahkan memorandum Bantahan Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad SAW kepada KDYMM Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, malam tadi.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kedah bersama Kelab Ketuanan Melayu Kedah (KKMK) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain sebelum itu berarak bermula dari Masjid Tuanku Intan Shafinaz, Anak Bukit ke istana berkenaan sejurus selepas Isyak.
Pengerusi KKMK, Mohd Fadzil Zulkifli memorandum itu meminta agar isu berkenaan mendapat perhatian dari pihak Tuanku Sultan Kedah dan pihak raja-raja.
"Kami mengharapkan agar isu ini mendapat perhatian semua Raja-raja Melayu dan menjadi salah satu perbincangan dalam perjumpaan Majlis Raja-Raja akan datang," ujar beliau yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kedah.
Selain itu Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Salim Mahmood dalam ucapannya mendesak kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu atau pun kumpulan yang terang-terangan berani menghina serta mengeluarkan kata-kata kejian terhadap Rasulullah SAW, agar perkara sedemikian dapat dibendung dan tidak berleluasa.
"Seandainya kerajaan gagal bertindak dan mengambil tindakan, rakyat akan bangkit berhimpun lebih ramai lagi sebagaimana himpunan menentang ICEID tempoh hari," katanya penuh semangat.
Sementara itu, Suhaimi Shuib dari KKMK mengharap adanya perbincangan dari Majlis Raja-Raja agar Jabatan Peguam Negara jangan 'pilih bulu' dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Oleh itu kata beliau lagi umat Islam tanpa mengira fahaman politik di Malaysia mendesak dan mengharapkan agar tindakan tegas diambil terhadap pelaku berkenaan dengan hukuman yang keras dan setimpal. – HARAKAHDAILY 6/3/2019




Sobat baru saja selesai membaca :

10,000 Himpunan Hina Nabi, NGO Serah Memo Pada Sultan.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 10,000 Himpunan Hina Nabi, NGO Serah Memo Pada Sultan. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 10,000 Himpunan Hina Nabi, NGO Serah Memo Pada Sultan. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/03/10000-himpunan-hina-nabi-ngo-serah-memo.html

Subscribe to receive free email updates: