Judul : Hutang Negara 9 Bulan PH Perintah, Masih Trillion.. Lembab?
link : Hutang Negara 9 Bulan PH Perintah, Masih Trillion.. Lembab?
Hutang Negara 9 Bulan PH Perintah, Masih Trillion.. Lembab?
Hutang negara masih trilion ringgit - Lim Guan Eng
Jelas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pihaknya berjaya mengurangkan angkat hutang daripada RM1.087 trilion tetapi masih di peringkat trilion ringgit.
“Kami telah berjaya mengurangkan angka hutang daripada RM1.087 trilion yang sebelumnya tetapi biar saya mendapatkan butiran lanjut terlebih dahulu.
“Tapi ia masih di peringkat trilion ringgit. Kita bercakap mengenai cara kita melihat kewajipan yang perlu bayar dan sudah tentu kelulusan berdasar perakaunan,” katanya di Ibu Pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Menara UOA, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Novosi Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) antara Prasarana, MRCB-George Kent Sdn. Bhd. (MRCB-GK) dan Kontraktor Pakej Kerja.
Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad; Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Mohd. Hazlan Mohamed Hussain danPengarah George Kent, Datuk Keizrul Abdullah.
Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Mohd. Imran Mohamad Salim dan Pengerusi MRCB-GK, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim.
Mengulas lanjut Guan Eng berkata, bayaran hutang tersebut termasuk jaminan kerajaan terhadap pelbagai perkhidmatan dan pinjaman.
“Ini kerana peminjam utama tidak dapat membayar, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan contoh terbaik,” katanya.
Pada 24 Mei lalu, Guan Eng memberitahu, hutang Negara mencecah RM1.08 trilion atau 80.3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia setakat 31 Disember 2017.
Katanya, dari jumlah itu, RM686.8 bilion merupakan hutang kerajaan persekutuan bersamaan 50.8 peratus dari KDNK. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH Lembab. Janji, Cakap. tak serupa bikin. Tak professional.
Sobat baru saja selesai membaca :
Hutang Negara 9 Bulan PH Perintah, Masih Trillion.. Lembab?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hutang Negara 9 Bulan PH Perintah, Masih Trillion.. Lembab? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Hutang Negara 9 Bulan PH Perintah, Masih Trillion.. Lembab? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/02/hutang-negara-9-bulan-ph-perintah-masih.html