Judul : Hina Nabi: 600 Solidariti Bersama PAS-Umno. Jom!
link : Hina Nabi: 600 Solidariti Bersama PAS-Umno. Jom!
Hina Nabi: 600 Solidariti Bersama PAS-Umno. Jom!
NIBONG TEBAL: Sekitar 600 penyokong serta ahli PAS dan Umno telah bersama memberikan isyarat amaran terhadap kebiadaban pemilik akaun facebook Foo Sing Wai yang menghina Rasulullah S.A.W dan isteri Baginda, Aisyah R.A.
Mereka mengiringi Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Nibong Tebal, Ustaz Usman Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, jam 9:40 malam tadi.
Ustaz Usman ketika berucap mewakili solidariti itu menegaskan bahawa individu yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Saidatina Aisyah telah memecahkan keharmonian antara kaum yang dibina selama lebih 60 tahun.
Bidas beliau, ianya satu perbuatan tidak bermaruah dan meminta tangkapan segera dilakukan oleh pihak Polis terhadap individu tersebut untuk diadili di mahkamah serta mengesyorkan agar dilucutkan kewarganegaraannya.
Mohd Norhiesam pula menggesa supaya tangkapan yang telah dilakukan oleh Polis tidak menjadi gimik untuk menutup kemarahan umat Islam, tetapi mesti disusuli hukuman berat daripada mahkamah.
Hadir sama dalam himpunan bantahan itu adalah Ketua Pemuda PAS Nibong Tebal, Ustaz Zulazhar Mohamad dan Pengerusi Belia 4B Nibong Tebal, Rokiman Shah. - HARAKAHDAILY 20/2/2019
Jom, Pertahankan Islam!!
Sobat baru saja selesai membaca :
Hina Nabi: 600 Solidariti Bersama PAS-Umno. Jom!
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hina Nabi: 600 Solidariti Bersama PAS-Umno. Jom! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Hina Nabi: 600 Solidariti Bersama PAS-Umno. Jom! link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/02/hina-nabi-600-solidariti-bersama-pas.html