Judul : Hina Nabi: 20 Pengusaha Maahad Tahfiz Gesa Siasat
link : Hina Nabi: 20 Pengusaha Maahad Tahfiz Gesa Siasat
Hina Nabi: 20 Pengusaha Maahad Tahfiz Gesa Siasat
LEBIH 20 pengusaha dan pelajar maahad tahfiz daerah Gombak hadir membuat laporan polis menggesa siasatan berhubung tindakan seorang lelaki menghina Nabi Muhammad dalam media sosial di Balai Polis Gombak, Selangor hari ini. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Lebih 20 pengusaha maahad tahfiz daerah Gombak membuat satu laporan polis menggesa polis menjalankan siasatan berhubung perbuatan biadab seorang pengguna Facebook yang menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah.
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum, Ustaz Alauddin Ishak berkata, tindakan pemilik akaun Facebook Foo Sing Wai itu merupakan provokasi agama yang melampau dan boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.
“Kami mendesak pihak-pihak yang terlibat dalam membuat provokasi agama seperti ini dikenakan tindakan tegas termasuk dilucutkan hak sebagai warganegara sebagai pengajaran supaya perkara seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.
“Pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan perlu memberi amaran seterusnya mengambil tindakan tegas kepada individu yang menyalahgunakan media sosial seperti yang dilakukan oleh negara luar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis yang turut dihadiri kira-kira 50 warga tahfiz di Balai Polis Gombak, dekat sini hari ini.
Sementara itu, Guru Besar Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah, Mohd Azreey Aznan memaklumkan, pihaknya terpanggil untuk membuat laporan polis tersebut bagi mewakili ibu bapa pelajar tahfiz yang bimbang tentang masa depan anak-anak mereka apabila melihat sensitiviti isu keagamaan yang dipandang rendah oleh segelintir pihak. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Hina Nabi: 20 Pengusaha Maahad Tahfiz Gesa Siasat
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hina Nabi: 20 Pengusaha Maahad Tahfiz Gesa Siasat dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Hina Nabi: 20 Pengusaha Maahad Tahfiz Gesa Siasat link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/02/hina-nabi-20-pengusaha-maahad-tahfiz.html