Judul : Dr M Bimbang K'jaan PH Tumbang, Berdasarkan Senario Semasa,
link : Dr M Bimbang K'jaan PH Tumbang, Berdasarkan Senario Semasa,
Dr M Bimbang K'jaan PH Tumbang, Berdasarkan Senario Semasa,
KUALA LUMPUR – Rakyat akan menukarkan kerajaan Pakatan Harapan sekiranya gagal memenuhi janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berdasarkan senario semasa, rakyat kini sedang memerhatikan pentadbiran kerajaan sama ada boleh memenuhi janji yang dibuat.
Namun beliau mengakui PH tidak dapat melaksanakan sebahagian janji tersebut selepas sembilan bulan bergelar kerajaan.
“Sekarang ini negara, rakyat memerhatikan untuk melihat apakah kerajaan baharu ini dapat melaksanakan janji itu.
“Tetapi malangnya, kami (PH) tidak dapat menunaikan banyak janji.
“Mana-mana kerajaan yang tidak memenuhi janji akan jatuh dan begitu juga untuk pusingan akan datang kerajaan ke bawah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama sempena Pesta Demokrasi Kuala Lumpur 2019 anjuran Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA) di di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Mahathir menambah, rakyat ingin melihat perubahan segera selepas PH mengambil alih kerajaan daripada pentadbiran Barisan Nasional.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kerajaan hari ini berdepan kesukaran dalam melaksanakan pembaharuan yang pantas berikutan ketirisan yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu.
“Orang ramai sudah tentu tidak sabar dan mereka mahu melihat perubahan sekarang.
“Tetapi mereka perlu menanggung dengan kerajaan sekarang kerana ia memerlukan masa untuk membetulkan semua kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu (BN),” katanya.
Beliau memberi amaran kepada kerajaan PH, jika dapat berkuasa terlalu lama seperti kerajaan sebelum ini, ia akan tumbang juga jika tidak mengambil kritikan rakyat secara serius. – MalaysiaGazete
Sobat baru saja selesai membaca :
Dr M Bimbang K'jaan PH Tumbang, Berdasarkan Senario Semasa,
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Dr M Bimbang K'jaan PH Tumbang, Berdasarkan Senario Semasa, dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Dr M Bimbang K'jaan PH Tumbang, Berdasarkan Senario Semasa, link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/02/dr-m-bimbang-kjaan-ph-tumbang.html