Judul : Anwar Mengigau ‘Saya tetap jadi PM’ Ke8 Dalam Kurang 2 Tahun Lagi..
link : Anwar Mengigau ‘Saya tetap jadi PM’ Ke8 Dalam Kurang 2 Tahun Lagi..
Anwar Mengigau ‘Saya tetap jadi PM’ Ke8 Dalam Kurang 2 Tahun Lagi..
ANWAR IBRAHIM menjawab soalan ketika ditemuramah oleh Bloomberg TV semalam. Gambar Bloomberg
‘Saya tetap jadi PM’ Anwar yakin Mahathir pegang janji lepas jawatan
KUALA LUMPUR 14 Feb. - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dan yakin akan menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dua tahun.
Dalam temu ramah bersama Bloomberg Television semalam, Anwar berkata, beliau yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan itu dalam tempoh ditetapkan.
“Ada perjanjian antara kepemimpinan parti dan bukan antara saya dan Dr. Mahathir sahaja. Dalam perbincangan dengan Dr. Mahathir, saya mahu beliau mentadbir kerajaan secara efektif dan amat penting untuk memberi beliau masa.
“Sudah tentu bukan dalam tempoh lima tahun kerana beliau (Dr. Mahathir) telah menyatakan dengan jelas (tempoh peralihan jawatan) tidak akan melebihi dua tahun,” katanya seperti dipetik dalam temu ramah tersebut.
Mengulas lanjut, Anwar turut menegaskan keputusannya memaafkan Dr. Mahathir atas perseteruan lama mereka adalah demi memastikan masa depan negara menjadi lebih baik.
Katanya, kerjasama dengan Dr. Mahathir akan memberi manfaat besar kepada rakyat selain Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga dilihat komited dengan beberapa agenda reformasi PKR.
Selain itu, Anwar turut menzahirkan keyakinan Dr. Mahathir tidak akan melakukan rombakan Kabinet seperti didakwa segelintir pihak dalam media sosial.
“Dr. Mahathir telah memberitahu dengan jelas tidak akan berlaku rombakan Kabinet dan saya berpegang kepada kata-katanya. Secara amnya, beliau perlu berbincang dengan kepemimpinan komponen PH sekiranya mahu melakukan rombakan,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya Anwar tetap masih dalam igauan untuk jadi PM ke 8 dalam tempoh kurang dari 2 tahun lagi..
Sobat baru saja selesai membaca :
Anwar Mengigau ‘Saya tetap jadi PM’ Ke8 Dalam Kurang 2 Tahun Lagi..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Anwar Mengigau ‘Saya tetap jadi PM’ Ke8 Dalam Kurang 2 Tahun Lagi.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Anwar Mengigau ‘Saya tetap jadi PM’ Ke8 Dalam Kurang 2 Tahun Lagi.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/02/anwar-mengigau-saya-tetap-jadi-pm-ke8.html