Judul : 89 Warga China Terlibat Aktiviti Haram Judi.
link : 89 Warga China Terlibat Aktiviti Haram Judi.
89 Warga China Terlibat Aktiviti Haram Judi.
Sebahagian daripada 92 warga China didakwa terlibat dalam kegiatan judi online di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ZAINI HUSIN
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Seramai 89 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini masing-masing atas pertuduhan menjalankan aktiviti pertaruhan haram.
Daripada jumlah tersebut, seramai 62 tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan selesai dibacakan secara berasingan di beberapa Mahkamah Majistret, manakala bakinya tidak direkodkan pengakuan ekoran masalah bahasa.
Prosiding pendakwaan semua tertuduh yang berusia antara 17 hingga 49 tahun itu dilaksanakan di hadapan Majistret-majistret Siti Radziah Kamarudin, Norasyikin Sahat, Farah Adlini Mohd Din, Rahni Kartini Abd. Rahim, Namirah Hanum Mohamed Albaki, Umzarul An-Nur Umar dan Maizatul Munirah Abdul Rahman.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membenarkan sesebuah tempat menjalankan aktiviti pertaruhan haram di sebuah premis di Menara Hai-0, Jalan Bukit Bintang di sini pada pukul 1.30 pagi, 21 Januari lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM200,000 dan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin antara RM2,300 hingga RM11,000 dan menetapkan tarikh 1,4,7,8,12 dan 13 Mac ini sebagai sebutan semua kes.
Akhbar Utusan Malaysia 23 Januari lalu melaporkan taktik menjadikan sebuah pejabat sebagai pusat panggilan (calling centre) mencari kaki judi dalam talian terbongkar apabila polis menahan 92 individu termasuk tujuh wanita warga China di Jalan Bukit Bintang, kelmarin.
Dalam serbuan pukul 1.30 petang itu, kesemua individu ditahan oleh pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hasil maklumat dan risikan. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
89 Warga China Terlibat Aktiviti Haram Judi.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 89 Warga China Terlibat Aktiviti Haram Judi. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 89 Warga China Terlibat Aktiviti Haram Judi. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/02/89-warga-china-terlibat-aktiviti-haram.html