Judul : 60% Orang Melayu Tidak Puas Hati Dengan PH.
link : 60% Orang Melayu Tidak Puas Hati Dengan PH.
60% Orang Melayu Tidak Puas Hati Dengan PH.
KUALA LUMPUR 1 Feb.- Hampir 60 peratus masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) setelah mereka menjadi kerajaan kira-kira 10 bulan lalu.
Kajian yang dibuat agensi perundingan, Ilham Centre bersama Penang Institute mendapati kebanyakan responden tidak percaya PH serius melaksanakan agenda Melayu termasuk mempertahankan hak-hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi.
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr. Mohd. Yusri Ibrahim memberitahu, kajian itu dijalankan melibatkan masyarakat Melayu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang mewakili semua jantina, kumpulan umur serta tahap sosio ekonomi.
“Mereka melahirkan kebimbangan sama ada kerajaan PH boleh atau tidak mempertahankan hak serta keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam.
“Ini mungkin disebabkan naratif Islam yang dibawa PH sukar difahami orang Melayu kerana falsafahnya terlalu mendalam,” katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Laporan tersebut turut memberitahu, selain isu Melayu dan Islam responden juga tidak berpuas hati terhadap isu harga walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah disifarkan.
“Dalam masa sama harga komoditi sawit, getah dan kelapa merundum menyebabkan orang Melayu semakin susah.
“Kajian juga mendapati hampir separuh responden berpendapat PH mampu bertahan lebih daripada satu penggal untuk mentadbir negara. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
60% Orang Melayu Tidak Puas Hati Dengan PH.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 60% Orang Melayu Tidak Puas Hati Dengan PH. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 60% Orang Melayu Tidak Puas Hati Dengan PH. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/02/60-orang-melayu-tidak-puas-hati-dengan.html