Tentera Indo Culik 5 Rakyat M'sia, Benarkah? M/Pertahanan PH Kena Jelaskan..

Tentera Indo Culik 5 Rakyat M'sia, Benarkah? M/Pertahanan PH Kena Jelaskan.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tentera Indo Culik 5 Rakyat M'sia, Benarkah? M/Pertahanan PH Kena Jelaskan.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tentera Indo Culik 5 Rakyat M'sia, Benarkah? M/Pertahanan PH Kena Jelaskan..
link : Tentera Indo Culik 5 Rakyat M'sia, Benarkah? M/Pertahanan PH Kena Jelaskan..

Baca juga


Tentera Indo Culik 5 Rakyat M'sia, Benarkah? M/Pertahanan PH Kena Jelaskan..


(Diangkat dari https://soscili.my)
(This article is a translation. For the original, visit our sister site, CILISOS)

TENTERA INDONESIA CULIK 5 RAKYAT MALAYSIA? TAPI LAIN PULA YANG DICERITAKAN MEREKA!

Kalau nak diikutkan, dah lama jugalah kita ada love-hate relationship dengan Indonesia. Kalau korang tanya orang tua-tua, mesti diorang cakap ia bermula pasal Konfrontasi yang berlaku pada tahun 60-an di mana kita bercadang nak tubuhkan Malaysia yang menyebabkan hubungan kita semakin buruk. 
Antara perbalahan yang menjadi isu kebelakangan ni adalah bila samseng bola sepak dari negara jiran membaling botol plastik kosong ke arah pemain bola sepak kita, gaduh pasal pemilikan, semua benda dorang punya #doneclaim. Bukan sikit-sikit, semua benda pun kita berbalah tak kisah la terhadap hak pemilikan kepada pulau, makanan, lagu kebangsaan kita, batik, dan macam-macam lagi. 
Kalau tengok dari luaran memang nampak macam buruk, tapi korang tahu tak yang sebenarnya, kerajaan kita dan Indonesia sangat baik dan menghormati antara satu sama lain? Berlainan dengan apa yang kita nampak di media, kerajaan kita sangat tenang dan sanggup menyelesaikan isu ni bersama supaya rakyat di kedua-dua negara boleh hidup dalam keadaan aman.
Sejak Konfrontasi, takde la benda serious sangat yang jadi antara dua negara ni. Sampai la baru-baru ni bila sebuah berita di mana tentera Indonesia menyeberangi negara kita dan… berjaya ‘menculik’ 5 rakyat Malaysia dari Sarawak!?

Macam mana benda ni bermula sebenarnya?

Pada satu tengahari 11 Disember, 5 orang rakyat Malaysia sedang menebang, dan menuai pokok gaharu di hutan Wong Rankai, Sarawak, 400 meter dari sempadan Indonesia. Pekerjaan tu adalah satu benda biasa pun di sana.
Tapi mereka terpaksa menghentikan kerja apabila beberapa orang tentera Indonesia yang kepenatanmendekati dan mula bercakap kasar dengan mereka, menuduh rakyat Malaysia ni mencuri kayu daripada bahagian Indonesia.
Dan mestilah pemotong kayu tu rasa gelabah. Mana taknya, beberapa lelaki gagah dan bersenjata api mula mendekati dan mengugut mereka. Tak mampu melawan, mereka ikut je kata tentera tersebut. Malah, mereka juga memaksa pemotong kayu ni memandu kenderaan FWD mereka ke merentasi sempadan ke pangkalan tentera Indonesia.
Sepanjang jalan pula, tentera Indonesia tersebut ‘psiko’ diorang ni dengan mengancam untuk menembak mereka, malah melepaskan beberapa tembakan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang malang ni. 
Tentara dilaporkan bersenjata dengan senapang serangan Pindad SS1, isu standard untuk Tentara Indonesia. Imej dari Wikiwand.
Apabila mereka kembali ke pengkalan, tentera-tentera tersebut melepaskan dua daripada mereka dan menahan tiga lagi, semalaman. Mereka yang dibebaskan pula mendakwa yang mereka diarahkan untuk balik ke keluarga mereka dan meminta RM10,000 berserta dua buah gergaji sebagai wang tebusan untuk ketiga-tiga mereka.
Tapi, mestilah mereka tak buat apa yang diarahkan, malah mereka terus ke pihak berkuasa untuk melaporkan insiden ni. Apabila pihak berkuasa menerima laporan tu, tentera Malaysia dari kem tentera Balai Ringin kemudiannya pergi berunding untuk membebaskan lagi tiga orang rakyat Malaysia tu. Jadi, takde masalah la kan?

Tapi… lain pula ceritanya dari sudut Indonesia!

Masa kitorang mula-mula baca kisah ni, ada satu benda pelik yang kitorang terfikir: Kenapa askar Indonesia nak culik rakyat Malaysia yang masih ada dalam sempadan negara kita sendiri? Nampak macam tak profesional je? Lebih-lebih lagi hubungan kerajaan Malaysia dan Indonesia yang agak rapat. Bila kitorang cuba korek lagi, ni apa yang kitorang temui:
Malah, terdapat beberapa laporan di media Indonesia yang SEMUANYA melaporkan kisah yang berlainan dengan apa yang dilaporkan media Malaysia. Perkara ni juga dipetik dari satu bahagian dalam halaman rasmi Instagram tentera Indonesia iaitu TNI, yang mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tu:
Dari laman rasmi Instagram TNI.
“Sempat heboh di media Malaysia jika ada 5 warganya hilang “diculik” TNI saat berada di hutan Sarawak. Hal ini tentu tidak benar, karena istilah “penculikan” konotasinya negatif. Yang benar 5 orang tersebut ditangkap TNI karena kedapatan melakukan illegal logging.
5 orang tersebut kemudian dilepas setelah perwakilan tentara Malaysia mendatangi pos TNI dengan syarat tidak boleh membawa senjata.” – dipetik dari laman rasmi Instagram TNI.
Sejak beberapa hari yang lepas, media Indonesia asyik menyangkal sisi cerita dari Malaysia, dengan memetik kata-kata tentera yang mendakwa kenyataan tersebut. Laporan bertulis dari Ketua Kawasan Ketenteraan XII/Tanjungpura, Kolonel Inf Aulia Fahmi Dalimunthe mendakwa yang pasukannyamenemui bukti-bukti yang menunjukkan kegiatan pembalakan liar yang berlaku di wilayah Indonesia.
Pasukan tentera yang menahan lima orang rakyat Malaysia yang dituduh membalak di kawasan mereka. Imej dari merdeka.com
Malah, laporan tersebut mengatakan yang kelima-lima lelaki tersebut sedang memuatkan kayu-kayu yang ‘diharamkan’ tu ke Toyota Hilux mereka. Malah, tentera Indonesia juga tak menuntut wang tebusan seperti yang didakwa oleh media Malaysia, tapi sebaliknya ada seorang lelaki yang datang ke pengkalan mereka dan menawarkan duit untuk pelepasan mereka!:
“Tuntutan yang mengatakan kakitangan Enteli Satgas Yonif 320 / BP telah menculik 5 rakyat Malaysia dan meminta sejumlah wang untuk pembebasan mereka benar-benar palsu.
Sebenarnya ada warganegara Malaysia yang telah datang ke pos yang menawarkan wang untuk pembebasan mereka, tetapi kami enggan. “- Ketua Daerah Ketenteraan XII / Tanjungpura, Kolonel Inf Aulia Fahmi Dalimunthe dalam laporan yang ditulisnya.

Jadi, kenapa media Malaysia menceritakan sebaliknya?

Walaupun sudut berita dari media Indonesia dibentuk dengan testimoni tentera Indonesia, nampaknya media Malaysia pula memilih untuk memberi tumpuan kepada cerita dari sudut pandangan penduduk tempatan. Salah seorang pembalak, Ruby Nyalu, 30, mendakwa yang dia telah mengalami trauma akibat pukulan,dengan kecederaan pada wajah, kaki, dan badannya.


“Mereka terus menuduh kami mencuri kayu dari wilayah Indonesia. Setiap kali sayamenafikannyamereka akan memukul saya. “- Ruby Nyalu, dipetik dari New Straits Times.

Hasil carian imej untuk mohd sabu
Ruby Nyalu, salah satu daripada lima pembalak yang ditangkap oleh angkatan bersenjata Indonesia. Imej dari PressReader.

Sementara itu, Ketua Kampung Danau Melikin, Nyalu Tampa, 60, berkata kampung tu memang dah diancam oleh angkatan bersenjata Indonesia sejak kawasan tu ditukar menjadi perkebunan kelapa sawit milik asing, dan dia mendakwa para tentera telah diberikan kebebasan untuk kawasan tersebut,
“Kami telah menyuarakan keprihatinan kami terhadap ladang ini kerana tanah adat asal. Mereka (TNI) dibenarkan bergerak dengan bebas dan bahkan mengancam kami untuk tidak mengganggu operasi ladang. “- Nyalu Tampa, dipetik dari New Straits Times.
Kerajaan kita juga sebenarnya dah hantar nota bantahan kepada kerajaan Indonesia yang mengutuk insiden tu, di mana Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Indonesia menjawab dengan ‘mengakui kesilapan mereka’.

Waa, pening la. Mana satu yang betul sebenarnya ni?

Sejujurnya, kitorang sendiri tak tahu. Sama ada tentera kita, masing-masingnya bias dengan laporan kepada negara, atau kebenaran sebenarnya disorokkan oleh mana-mana pihak.
Tapi apa yang kitorang boleh cakap, TNI adalah betul tentang satu perkara, iaitu perkataan ‘penculikan’ yang membawa konotasi negatif. Jangan lupa yang sebelum penangguhan hukuman mati diperkenalkan di Malaysia, hukuman penalti untuk penculikan di Malaysia adalah kematian. Jadi untuk menuduh mereka dengan ‘penculikan’ adalah sesuatu yang sangat serius.
Bagaimanapun, nasib baiklah hubungan antara kedua-dua buah negara ni nampaknya masih ok, walaupun ada la juga media dua buah negara ni berperang bila surat protes tersebut dihantar ke Jakarta:
“Kerjasama antara kedua-dua buah negara sentiasa baik dan kami tidak akan membenarkan kejadian itu menjejaskan hubungan kami.” – Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia
(Diangkat dari https://soscili.my)


Sobat baru saja selesai membaca :

Tentera Indo Culik 5 Rakyat M'sia, Benarkah? M/Pertahanan PH Kena Jelaskan..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tentera Indo Culik 5 Rakyat M'sia, Benarkah? M/Pertahanan PH Kena Jelaskan.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tentera Indo Culik 5 Rakyat M'sia, Benarkah? M/Pertahanan PH Kena Jelaskan.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/tentera-indo-culik-5-rakyat-msia.html

Subscribe to receive free email updates: